Koleksi Permainan Rasmi FIFA World Cup 2026 – Hasbro Memperkenalkan Monopoly Dan Connect 4 Bertemakan Bola Sepak
Lina Rosli
Selari dengan kemeriahan FIFA World Cup 2026 yang kini sedang dirasai, Hasbro dilihat turut memperkenalkan koleksi permainan rasmi berlesen yang diinspirasikan daripada kejohanan bola sepak terbesar dunia itu.
Koleksi ini direka untuk menggabungkan elemen strategi, persaingan dan hiburan, sekaligus sesuai dimainkan bersama keluarga dan rakan-rakan ketika menonton perlawanan atau pada malam permainan.

Antara produk utama yang diperkenalkan ialah Monopoly Panini Prizm: FIFA World Cup Board Game berharga RM179.90.
Versi istimewa Monopoly ini membolehkan pemain membina pasukan impian menggunakan kad Panini yang menampilkan bintang bola sepak semasa dan legenda Piala Dunia, sebelum bersaing untuk menguasai perlawanan bersejarah di atas papan permainan.

Bagi penggemar koleksi kad, Monopoly Panini Prizm: FIFA World Cup Trading Cards Booster Box dijual pada harga RM109.90.
Setiap kotak mengandungi 24 kad koleksi yang boleh digunakan untuk tujuan koleksi atau dimainkan bersama permainan papan Monopoly Panini Prizm, termasuk peluang mendapatkan kad edisi khas yang jarang ditemui.

Hasbro turut memperkenalkan Connect 4 Shots FIFA World Cup 2026 Board Game pada harga RM119.90.
Permainan dua pemain ini menggunakan pelancar berbentuk but bola sepak untuk melontar bola ke dalam grid dengan matlamat menyusun empat bola sewarna secara berturut-turut sebelum pihak lawan.

Sementara itu, Monopoly Deal FIFA World Cup 2026 Edition Card Game yang berharga RM39.90 menawarkan pengalaman permainan kad yang lebih pantas.
Pemain perlu menjadi individu pertama yang berjaya mengumpulkan tiga set pemain daripada warna berbeza, sambil menggunakan kad aksi untuk mengubah perjalanan permainan dan menewaskan lawan.

Bagi yang berminat, kesemua produk dalam koleksi Monopoly FIFA World Cup 2026 kini boleh didapati di cawangan Toys“R”Us, platform atas talian, termasuk Shopee dan TikTok Shop, serta di pelbagai gedung serbaneka terpilih.