Hourglass Memperkenalkan Gincu Dengan Formula Hibrid – Phantom Blur Balm

June 18, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Hourglass Cosmetics baru-baru ini telah hadir dengan sebuah produk bibir terbaharu yang dinamakana Phantom Blur Balm.

Ia merupakan sebuah produk bibir terbaharu dalam siri Phantom yang menggabungkan kemasan matte lembut dengan formula yang direka untuk memberikan keselesaan dan hidrasi sepanjang hari.

Berbeza dengan gincu matte tradisional yang sering dikaitkan dengan rasa kering, Phantom Blur Balm menggunakan formula hibrid yang menggabungkan ciri balm dan gincu matte.

Untuk produk ini, ia diperkaya dengan asid hyaluronik serta bahan pelembap bagi membantu bibir kelihatan lebih licin, lembut dan terhidrat sambil memberikan kemasan kabur (soft-focus) yang semula jadi.

Hourglass menawarkan produk ini dalam lima pilihan warna iaitu Echo, Whisper, Enigma, Spell dan Mirage – yang direka untuk menyerlahkan tona bibir semula jadi dan sesuai dipakai untuk pelbagai gaya solekan harian.

Selain Phantom Blur Balm, Hourglass turut memperkenalkan tiga warna baharu untuk Shape & Sculpt Lip Liner, iaitu Tease, Obsess dan Strut. Pensel bibir ini diformulasikan dengan minyak jojoba untuk aplikasi yang lebih lancar dan mudah dipadankan dengan koleksi produk bibir Phantom.

Di Malaysia, Hourglass juga mengadakan pengalaman interaktif Lip Bar di Sephora Fahrenheit 88 bermula 9 hingga 30 Jun 2026, membolehkan pengunjung mendapatkan konsultasi peribadi dan mencuba pelbagai kombinasi produk bibir.

Bagi yang berminat, Phantom Blur Balm dijual pada harga RM200, manakala Shape & Sculpt Lip Liner berharga RM164. Kedua-dua produk telah mula ditawarkan di kesemua cawangan Sephora di Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd