Jom Raikan Hari Bapa Di Hotel Hilton Sekitar Lembah Klang – Nikmati Bufet, Menu Jepun Dan Hidangan Kantonis Istimewa
Lina Rosli
Bagi anda yang masih mencari lokasi istimewa untuk meraikan Hari Bapa tahun ini, mungkin anda boleh menambah restoran di bawah jenama Hilton ke dalam senarai anda.
Untuk pengetahuan anda, rangkaian hotel Hilton di sekitar Lembah Klang menawarkan pelbagai pengalaman menjamu selera istimewa sempena Hari Bapa – ia merangkumi hidangan daripada bufet mewah hinggalah set menu Jepun dan Kantonis yang sesuai dinikmati bersama seisi keluarga.
Di Hilton Kuala Lumpur, restoran Vasco’s mengadakan Father’s Day Feast Lunch Buffet pada 21 Jun dengan harga RM198 seorang dewasa dan RM98 bagi kanak-kanak.
Tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan termasuk roasted Australian rib eye, wok-fried chilli crab bersama mantou, stesen grill secara langsung serta troli pencuci mulut coklat khas Hari Bapa.

Bagi penggemar masakan Jepun, Iketeru menawarkan Rei Kaiseki Father’s Day Set Meal dari 15 hingga 21 Jun pada harga RM320 seorang, manakala Chynna menyediakan pilihan set menu Kantonis bermula RM438 seorang atau RM1,388 untuk lima orang.


Di Hilton Petaling Jaya, restoran Paya Serai menghidangkan bufet makan tengah hari khas pada 20 dan 21 Jun dengan harga RM148 bagi dewasa dan RM74 untuk kanak-kanak.

Sementara untuk restoran Genji pula menawarkan Otoosan Arigatou Father’s Day Gozen pada 21 Jun dengan harga RM297 seorang, termasuk promosi diskaun 50% untuk pelanggan kedua. Toh Yuen turut menyediakan set menu keluarga bermula RM1,288 untuk enam orang.
Sementara itu, Hilton Shah Alam Glenmarie menawarkan set menu Jepun di Fūrin pada harga RM128 seorang, lengkap dengan hadiah coklat berbentuk cerut untuk setiap bapa. Glen Lounge pula memperkenalkan Fit for a King Sharing Tapas pada harga RM180 setiap set untuk mereka yang mahukan suasana santai bersama keluarga.

Bagi yang berada di pusat bandar, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur menganjurkan Fit for a King Father’s Day High Tea Buffet pada 20 dan 21 Jun dengan harga RM158 bagi dewasa dan RM79 untuk kanak-kanak, selain promosi Buy 4 Free 1.

Di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, bufet minum petang Hari Bapa akan berlangsung pada 21 Jun dengan harga RM118 untuk dewasa dan RM59 bagi kanak-kanak, sesuai untuk keluarga yang ingin meraikan hari istimewa dalam suasana yang lebih santai.

Dengan pelbagai pilihan menu dan lokasi di sekitar Lembah Klang, sambutan Hari Bapa tahun ini boleh menjadi lebih bermakna sambil menikmati hidangan istimewa bersama insan tersayang.