PUMA Memperkenalkan Speedcat Mule Baharu – Tampil Dengan Rekaan Slip-On Lebih Santai
Lina Rosli
PUMA kini memperkenalkan model terbaharu dalam keluarga Speedcat iaitu Speedcat Mule.
Bagi yang tidak mengetahui, Speedcat Mule hadir dengan rekaan identiti ikonik Speedcat, namun untuk versi ini, ia hadir dengan gaya slip-on tanpa bahagian belakang.
Dengan ini, ia bukan sahaja memberikan keselesaan sepanjang pemakaian, tetapi juga menjadikannya pilihan yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Secara umumnya, untuk Speedcat Mule ini, ia menampilkan bahagian atas yang diperbuat menggunakan bahan berasaskan kulit dengan kemasan beralun (ruched finish), manakala tali elastik pada bahagian hadapan kaki memudahkan proses menyarung dan menanggalkan kasut.
Untuk koleksi ini juga, PUMA turut menawarkan empat pilihan warna yang versatil iaitu Black, Burgundy, Coffee Brown dan Cream.


Dengan kehadiran Speedcat Mule ini, ia memberikan kesinambungan kepada kebangkitan semula siri Speedcat yang sebelum ini diperkenalkan semula menerusi warna klasik, selain beberapa variasi seperti Speedcat Ballet dan Speedcat Wedge serta kolaborasi edisi khas.
Di Malaysia, PUMA Speedcat Mule akan mula ditawarkan pada 23 Jun 2026 dengan harga jualan RM379. Ia boleh didapati di butik-butik PUMA terpilih serta melalui laman web rasmi PUMA.