Jenama Wangian Popular Singapura BestPerfume.Store Kini Memasuki Malaysia

June 23, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

BestPerfume.Store kini secara rasminya mengembangkan operasinya ke Malaysia dengan memperkenalkan platform atas talian khusus untuk penggemar tempatan.

Bukan sekadar platform, BestPerfume.Store turut mula membuka fasiliti operasi di Selangor sebagai sebahagian daripada pelaburan jangka panjangnya di pasaran tempatan.

Langkah ini menandakan komitmen jangka panjang syarikat untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar kepada pelanggan tempatan melalui penghantaran dan sokongan yang dikendalikan dari dalam negara.

Menurut BestPerfume.Store, dalam keadaan cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia, ramai pengguna berdepan cabaran mencari minyak wangi yang mampu bertahan sepanjang hari.

Menyedari keperluan tersebut, BestPerfume.Store membangunkan koleksi haruman dengan kepekatan wangian sehingga 50%, yang direka bagi menawarkan ketahanan bau yang lebih lama walaupun digunakan dalam iklim tropika.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia dipilih sebagai pasaran seterusnya berikutan sambutan menggalakkan yang diterima daripada pelanggan tempatan sejak beberapa tahun lalu. BestPerfume.Store turut menyatakan hasrat syarikat untuk menawarkan haruman berkualiti tinggi pada nilai yang berpatutan kepada pengguna di negara ini.

Berbeza dengan sesetengah jenama lain di pasaran, BestPerfume.Store mengendalikan keseluruhan proses penghasilan produk secara dalaman, bermula daripada formulasi sehinggalah penghantaran kepada pelanggan.

Pendekatan ini membolehkan syarikat mengekalkan kawalan kualiti yang konsisten bagi setiap produk. Selain itu, semua wangian yang dihasilkan mematuhi piawaian International Fragrance Association (IFRA) dan menggunakan bahan berkualiti premium yang diperoleh daripada pembekal yang turut membekalkan jenama pereka terkenal.

Bersempena pelancarannya di Malaysia, syarikat memperkenalkan hampir 300 pilihan haruman yang direka untuk memenuhi pelbagai cita rasa dan kegunaan harian, sama ada ke tempat kerja, majlis istimewa, temu janji mahupun aktiviti santai.

Bagi memudahkan pengguna memilih wangian yang sesuai, laman web mereka turut menyediakan kuiz pemilihan haruman berdasarkan personaliti dan gaya hidup.

Selain minyak wangi, BestPerfume.Store turut menawarkan Luxury Refillable Atomiser yang boleh memuatkan sehingga 60 semburan wangian dalam saiz yang lebih kompak dan mudah dibawa ketika melancong atau digunakan setiap hari.

Dengan operasi yang berpangkalan di Selangor, pelanggan di Malaysia dapat menikmati penghantaran tempatan yang lebih pantas tanpa perlu menanggung kos penghantaran antarabangsa.

Setiap pesanan turut disertakan dengan penjejakan masa nyata, manakala pilihan pembayaran merangkumi kad Visa, Mastercard, Atome serta beberapa dompet digital serantau. Syarikat juga menyediakan perkhidmatan pertukaran dari pintu ke pintu sekiranya berlaku isu terhadap produk yang diterima.

Di samping itu, pelanggan boleh menyertai program ganjaran yang membolehkan mereka mengumpul mata bagi setiap pembelian untuk ditebus pada masa akan datang.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd