NOBO Soy X Dona Bakehouse Tampil Dengan Menu Edisi Terhad Berasaskan Soya
Lina Rosli
NOBO Soy bekerjasama dengan Dona Bakehouse menerusi kolaborasi khas yang memperkenalkan siri menu edisi terhad berasaskan soya.
Kolaborasi yang dinamakan The NOBO Table ini menggabungkan makanan, seni dan komuniti dalam satu pengalaman yang mengajak orang ramai melihat soya daripada perspektif yang lebih segar dan kreatif.
Bagi yang berminat, menu khas ini menampilkan beberapa hidangan eksklusif seperti Smoked Duck & Lychee Curry Danish, Pasta Alfredo dengan Cajun Chicken, Matcha Latte berasaskan NOBO Soy serta pencuci mulut NOBO Soy Panna Cotta.

Kesemua hidangan ini boleh dinikmati di Dona Bakehouse bermula 25 Jun hingga 24 Julai 2026.
Bagi melengkapkan pengalaman tersebut, setiap pelanggan yang memesan mana-mana hidangan daripada menu kolaborasi NOBO Soy x Dona Bakehouse akan menerima satu pek NOBO Soy atau NOBO Almond Soy bersama set pelekat edisi khas kolaborasi – selagi stok masih ada.

Pelancaran The NOBO Table turut menghimpunkan pencipta kandungan Azfar Heri dan Ain Ramli bersama rakan-rakan serta komuniti kreatif mereka dalam satu sesi santai yang berpusatkan makanan, seni dan perbualan.
Inisiatif ini mengetengahkan idea bahawa hidangan yang biasa dinikmati setiap hari boleh diberi nafas baharu melalui kreativiti dan perspektif yang berbeza, sekali gus mewujudkan ruang untuk hubungan yang lebih bermakna dalam suasana yang mesra dan organik.

Bukan sekadar menawarkan menu istimewa, ruang Dona Bakehouse turut diubah menjadi sebuah pengalaman seni imersif menerusi kolaborasi bersama artis multidisiplin Malaysia, Dhan Illiani, yang bertajuk Aku Sebiji Kacang Soya – diinspirasikan daripada format karangan sekolah yang dekat dengan memori ramai rakyat Malaysia.