Dua Cawangan Pop Meals Kini Diiktiraf Halal Oleh JAKIM – Tawar Diskaun Sehingga 55%

July 7, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Pop Meals mengumumkan dua cawangannya kini telah menerima pensijilan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) – iaitu cawangan Pantai Hospital dan KL Traders.

Menurut Pop Meals, lebih banyak cawangan dijangka akan menerima pengiktirafan yang sama secara berperingkat dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan anda, pensijilan halal JAKIM bukan sekadar mengesahkan penggunaan bahan-bahan yang halal, malah menunjukkan sesebuah premis telah memenuhi pelbagai keperluan yang ditetapkan sepanjang proses penyediaan makanan.

Ini termasuk aspek pemilihan bahan mentah, pengendalian makanan, kebersihan premis, penyimpanan, penyediaan serta pematuhan kepada prosedur operasi yang ditetapkan bagi memastikan integriti halal sentiasa terpelihara.

Bersempena sambutan pencapaian ini, Pop Meals turut menawarkan diskaun sehingga 55% untuk semua menu di kedua-dua cawangan.

Promosi ini membolehkan pelanggan menikmati pelbagai hidangan Pop Meals pada harga yang lebih berpatutan, tanpa mengira sama ada cawangan tersebut telah menerima pensijilan halal atau masih dalam proses mendapatkan pengiktirafan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd