Tahun Kelima Bersama KLFW, MOCCONA Gabungkan Kopi Premium Dan Dunia Fesyen

July 9, 2026
Kopi

Lina Rosli

Kopi dan fesyen mungkin dilihat sebagai dua dunia yang berbeza, namun kedua-duanya berkongsi satu persamaan – menjadi medium untuk seseorang mengekspresikan identiti dan gaya hidup.

Berpegang kepada idea tersebut, MOCCONA meneruskan kerjasama bersama Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 – dan ini telah menandakan tahun kelima jenama kopi premium itu menjadi sebahagian daripada acara fesyen terbesar negara.

Sebagai pembuka tirai KLFW 2026, MOCCONA akan menganjurkan Afternoon Groove with MOCCONA pada 18 Julai 2026, iaitu acara kopi pertama yang dianjurkan secara eksklusif oleh jenama itu sempena minggu fesyen tersebut.

Acara ini menghimpunkan pereka fesyen, penggaya, pencipta kandungan dan komuniti kreatif dalam suasana santai sebelum siri pertunjukan fesyen bermula.

Pengunjung bukan sahaja boleh menikmati sajian kopi yang diinspirasikan daripada rangkaian baharu MOCCONA Liquid Espresso, malah turut disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan DJ secara langsung, ilustrasi fesyen, persembahan koleksi eksklusif serta promosi istimewa.

Bagi membawa semangat KLFW ke dalam kehidupan harian, MOCCONA turut memperkenalkan MOCCONA x KLFW 2026 Essential Pouch, sebuah beg silang badan edisi khas yang hadir dalam pilihan warna Signature Gold dan Ruby Red.

Beg ini boleh dimiliki secara percuma dengan pembelian produk MOCCONA bernilai RM45 dan ke atas, selagi stok masih ada.

Kerjasama ini turut diteruskan di pentas peragaan apabila pereka tempatan Zaimi Zulkafli bakal mempersembahkan koleksi khas yang menggabungkan estetika rekaannya dengan identiti MOCCONA yang menekankan keanggunan, keyakinan diri dan gaya hidup penuh kesedaran.

Selain pertunjukan fesyen, MOCCONA juga akan menganjurkan A Creative’s Choice Exhibition bermula 10 Julai 2026. Pameran digital ini memberi penghargaan kepada individu di sebalik industri fesyen tempatan seperti penggaya Min Luna, jurusolek Khir Khalid, personaliti televisyen dan pengasas jenama fesyen Shalma Ainaa, serta pereka Zaimi Zulkafli, yang masing-masing berkongsi perjalanan kreatif mereka.

Sepanjang KLFW berlangsung, pengunjung boleh menikmati pengalaman di MOCCONA Coffee Bar yang disediakan di lokasi acara.

Antara pilihan kopi yang ditawarkan termasuk Classic Medium Roast (Number 5), Classic Dark Roast (Number 8) dan Espresso Style (Number 10), selain rangkaian Liquid Espresso yang diperkenalkan baru-baru ini.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd