IT Cosmetics Memperkenalkan Do It All Sheer Tint Face Balm – Pelembap Berwarna 4-dalam-1 Dengan 92% Asas Penjagaan Kulit

July 10, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

IT Cosmetics baru-baru ini memperkenalkan satu produk baharu iaitu IT Cosmetics Do It All Sheer Tint Face Balm, produk baharu yang menggabungkan empat fungsi dalam satu formulasi ringan.

Menurut IT Cosmetics, produk ini berfungsi sebagai pelembap berwarna (tinted moisturizer) yang menawarkan litupan semula jadi pada kulit. Bukan itu sahaja, ia turut membantu menyerlahkan penampilan kulit yang lebih sihat.

Bagi yang ingin mendapatkannya, IT Cosmetics Do It All Sheer Tint Face Balm hadir dalam 12 pilihan rona. Dengan ini, ia boleh disesuaikan mengikut keperluan penggayaan harian sama ada gaya solekan minimalis atau no makeup makeup look.

Selain itu, produk ini juga hadir dengan teksturnya yang ringan – yang mana ia membolehkannya disapu dengan mudah menggunakan hujung jari atau berus Heavenly Luxe Complexion Perfection Brush No. 07 untuk kemasan yang lebih sekata.

Apa yang membezakan produk ini ialah formulanya yang mengandungi 92% asas penjagaan kulit sekaligusn menawarkan manfaat melebihi sekadar kosmetik.

Menurut IT Cosmetics, penggunaan secara konsisten selama empat minggu membantu kulit kelihatan lebih sihat, terasa lebih anjal serta mengurangkan penampilan garis halus.

Formulanya diperkaya dengan Collagen Peptide yang membantu memberikan penampilan kulit lebih licin dan tegang, manakala asid hyaluronik mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari serta memberikan kesan lebih gebu. Selain itu, ia turut mengandungi Vitamin E, antioksidan yang membantu menyuburkan dan melembapkan kulit agar kekal selesa dipakai sepanjang hari.

Untuk mendapatkannya, IT Cosmetics Do It All Sheer Tint Face Balm ditawarkan pada harga RM138 untuk saiz 18g.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd