Coach Memperkenalkan Wangian Coach Cherry Dan Coach Pure Platinum Di Malaysia

July 14, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Coach baru-baru ini dilihat memperluaskan koleksi wangiannya di Malaysia menerusi pelancaran dua haruman baharu, Coach Cherry Eau de Parfum dan Coach Pure Platinum Parfum.

Kedua-dua wangian ini diinspirasikan oleh suasana dinamik New York City, dengan Coach Cherry tampil lebih ceria dan feminin, manakala Coach Pure Platinum menawarkan karakter lebih moden dan maskulin.

Bagi meraikan pelancaran ini, Coach turut menganjurkan pengalaman pop-up khas di Concourse, Suria KLCC selama 10 hari, bermula 17 hingga 26 Julai 2026.

Coach Cherry merupakan wangian wanita terbaharu yang mengetengahkan karakter ceria dan berani. Ia diinspirasikan daripada aksesori ikonik Cherry Charm milik Coach.

Haruman ini dimulakan dengan gabungan dark cherry, mandarin dan sentuhan pink pepper yang menyegarkan. Kemudiannya dikembangkan kepada nota bunga seperti jasmine sambac, magnolia dan ros sebelum diakhiri dengan gabungan patchouli, tonka bean serta Ambrofix yang memberikan aroma hangat dan tahan lama.

Melengkapkan wangian ini adalah botolnya yang tampil dalam rona merah dengan logo ikonik Horse and Carriage, dihiasi loket ceri berwarna emas serta penutup turnlock merah yang menjadi identiti jenama Coach.

Seterusnya, Coach Pure Platinum Parfum turut diperkenalkan. Ia merupakan wangian lelaki yang diinspirasikan oleh seni bina moden Manhattan dan gaya hidup kota New York.

Haruman ini dibuka dengan nota lavender, mandarin dan epal sebelum beralih kepada gabungan rum absolute, bunga oren dan lumut. Untuk wangian ini, ia diakhiri dengan nota asas ambrox, labdanum serta kayu cedar yang memberikan aroma lebih maskulin dan tahan lama.

Membezakannya dengan wangian wanita, botol Coach Pure Platinum pula menampilkan kemasan gunmetal dengan logo Horse and Carriage yang diukir pada kaca, lengkap bersama tag kulit hitam yang sinonim dengan identiti Coach.

Bersempena pelancaran ini, Coach turut membuka Coach Cherry Pop-Up di Concourse, Suria KLCC dari 17 hingga 26 Julai 2026.

Bagi yang berminat, Coach Cherry dan Coach Pure Platinum kini boleh didapati di Isetan KLCC, The Gardens Mall, semua cawangan Parkson, Sephora serta platform atas talian rasmi.

Harga jualan adalah seperti berikut:

  • Coach Cherry Eau de Parfum 30mlRM300
  • Coach Cherry Eau de Parfum 50mlRM465
  • Coach Cherry Eau de Parfum 90mlRM635
  • Coach Pure Platinum Parfum 40mlRM315
  • Coach Pure Platinum Parfum 60mlRM440
  • Coach Pure Platinum Parfum 100mlRM560

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd