Nespresso Vertuo Up – Mesin Kopi Pintar Dengan Teknologi Centrifusion
Lina Rosli
Nespresso Malaysia hari ini memperkenalkan Vertuo Up, mesin kopi terbaharu yang direka untuk memudahkan penyediaan pelbagai jenis kopi di rumah.
Hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak serta ciri pintar, mesin ini mampu menyediakan kopi panas dan sejuk dalam hanya beberapa saat dengan hanya satu sentuhan butang.

Menurut Nespresso, mesin Vertuo Up ini menggunakan Teknologi Centrifusion, iaitu teknologi yang memutarkan kapsul kopi pada kelajuan tinggi semasa proses penyediaan.
Kaedah ini menghasilkan ekstrak kopi bersama lapisan buih halus (crema) yang menjadi identiti Nespresso.
Bukan itu sahaja, mesin ini juga hanya memerlukan kira-kira tiga saat untuk bersedia selepas dihidupkan sebelum mula menyediakan secawan kopi.

Selain itu, Vertuo Up didatangkan dengan sambungan kepada Nespresso Smart App, membolehkan pengguna menetapkan suhu minuman, memilih saiz hidangan, menerima notifikasi penyelenggaraan serta mengakses pelbagai resipi kopi terus daripada aplikasi.
Dari segi reka bentuk, Vertuo Up tampil lebih langsing menerusi sistem kapsul menegak baharu dan mekanisme tuil yang lebih mudah digunakan.
Nespresso turut memaklumkan mesin ini diperbuat daripada lebih 70% plastik kitar semula, selari dengan usaha syarikat ke arah penggunaan bahan yang lebih lestari.

Sesuai Untuk Peminat Kopi Susu Dan Kopi Ais
Salah satu ciri baharu yang diperkenalkan ialah Coffee Creations Mode, yang menghasilkan ekstrak kopi lebih pekat bagi memastikan rasa kopi kekal seimbang apabila dicampurkan dengan susu, susu berasaskan tumbuhan atau ais.
Ciri ini menjadikan Vertuo Up sesuai untuk penyediaan pelbagai minuman seperti latte, cappuccino, kopi ais dan pelbagai resipi kopi moden yang semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Secara keseluruhan, Vertuo Up menyokong lebih 30 pilihan kapsul Vertuo yang merangkumi enam saiz hidangan, daripada 25ml ristretto sehingga 535ml carafe.

Nespresso Bawa NOLA Style Blend Ke Malaysia
Turut diperkenalkan bersama pelancaran Vertuo Up ialah Nespresso x Blue Bottle Coffee NOLA Style Blend, yang buat pertama kalinya ditawarkan kepada pengguna sistem Vertuo di Malaysia.
Inspirasi adunan ini diambil daripada budaya cold brew New Orleans, menggabungkan biji kopi Arabika dari Brazil bersama Robusta premium dari Mexico.

Hasilnya ialah profil rasa yang menampilkan aroma bijirin dan karamel, dengan sentuhan rasa chicory yang lebih menyerlah apabila dinikmati bersama susu, khususnya susu oat.
Kapsul Double Espresso ini juga mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi dan sesuai dijadikan kopi ais.
Sebagai pelengkap koleksi tersebut, Nespresso turut memperkenalkan Nomad Tumbler Blue Bottle Coffee Edition, bekas minuman yang direka khas untuk menikmati kopi sejuk ketika dalam perjalanan.


Bagi yang berminat, mesin Nespresso Vertuo Up kini boleh didapati di semua butik Nespresso di seluruh Malaysia serta menerusi laman web rasmi Nespresso – dijual pada harga RM1,399.