Domino’s Malaysia Memperkenalkan Pizza Puff Baharu Pada Harga RM9.90

July 15, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Domino’s Malaysia kini hadir dengan menu baharu iaitu Pizza Puff yang mana ia menawarkan pengalaman menikmati piza dalam saiz individu pada harga RM9.90.

Menurut Domino’s, piza ini ditawarkan khas untuk mereka yang mahukan hidangan lebih praktikal, mengenyangkan dan mesra bajet.

Berbeza daripada piza tradisional, Pizza Puff menggunakan doh rangup berlapis yang dilipat membentuk separuh bulatan bagi mengekalkan kepanasan serta inti di dalamnya.

Pizza Puff hadir dalam tiga pilihan perisa iaitu:

  • Loaded Beef – gabungan daging kisar, beef pepperoni, sos BBQ salai dan keju mozzarella.
  • Loaded Chicken – versi piza dengan sosej ayam, chicken pepperoni, sos piza tomato dan keju mozzarella.
  • Loaded Cheese – menampilkan inti keju cair bersama keju mozzarella dan sos piza tomato.

Bagi yang berminat, ketiga-tiga pilihan Pizza Puff ditawarkan pada harga RM9.90 dan tersedia untuk tempoh terhad di semua cawangan Domino’s Malaysia. Ia juga boleh didapati melalui pembelian bawa pulang, makan di restoran atau penghantaran ke rumah menerusi laman web dan aplikasi Domino’s.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd