JD Sports Malaysia Raikan Ulang Tahun Ke-10 Perjalanan Dalam Industri Kasut Dan Athleisure

July 22, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Bersempena sambutan ulang tahun ke-10 di Malaysia, JD Sports Malaysia hadir dengan pelbagai penawaran istimewa serta aktiviti eksklusif sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan jenama peruncitan sukan ini.

Untuk makluman, JD Sports mula bertapak di Malaysia pada tahun 2016 menerusi pembukaan cawangan pertamanya di Sunway Pyramid. Sejak itu, jenama ini terus berkembang dengan rangkaian sebanyak 23 cawangan di seluruh negara dan dijangka membuka tiga lagi cawangan baharu menjelang penghujung tahun 2026.

Sepanjang kehadirannya di Malaysia, JD Sports telah memperkenalkan pelbagai pilihan produk merangkumi kasut, pakaian serta kelengkapan sukan dan athleisure daripada jenama antarabangsa terkemuka seperti Nike, adidas, New Balance, Puma, ASICS dan On Running.

Selain memperluaskan rangkaian kedai fizikal, JD Sports turut memberi fokus terhadap pengalaman membeli-belah digital menerusi platform edagangnya.

Selepas penambahbaikan yang dilakukan pada tahun 2025, pelanggan kini boleh menikmati kemudahan seperti Click & Collect dan Ship From Store, sekaligus menjadikan pengalaman membeli-belah secara atas talian talian dan di kedai lebih mudah serta berhubung antara satu sama lain.

Dalam masa yang sama, JD Sports turut memperkenalkan koleksi Only at JD, iaitu rangkaian produk eksklusif yang dibangunkan mengikut trend semasa serta cita rasa pengguna di Asia Tenggara.

Bersama-sama dengan sambutan ulang tahun ke-10 ini juga, JD Sports Malaysia turut hadir dengan kempen JD Frequency.

Menerusinya, pengunjung boleh menikmati sendiri pengalaman menarik sepanjang 22 hingga 26 Julai 2026 seperti khidmat personalisasi Utility Strap untuk pembelian bernilai RM600 ke atas, cabaran JD Hit the Beat bagi memenangi rantai kunci NFC eksklusif, serta aktiviti interaktif bersama jenama seperti adidas, Nike, New Balance dan Puma.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd