Love, Bonito x TOTON Memperkenalkan Koleksi Fesyen Renda Inspirasi Kebaya Indonesia

July 22, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Jenama fesyen wanita Asia Tenggara, Love, Bonito kini bekerjasama dengan label fesyen Indonesia TOTON untuk memperkenalkan koleksi eksklusif Love, Bonito x TOTON yang menggabungkan elemen renda, kebaya tradisional dan rekaan moden.

Membawakan tema “Wear the Lace Today”, koleksi ini direka untuk menggalakkan wanita memakai busana istimewa dalam kehidupan seharian, sama ada ketika bekerja, meluangkan masa bersama keluarga atau menikmati momen bersama rakan-rakan.

Menerusi kolaborasi ini, Love, Bonito mengambil inspirasi daripada elemen ikonik TOTON yang berakar daripada warisan budaya, lalu menggabungkannya bersama gaya kontemporari yang lebih praktikal untuk wanita moden.

Koleksi ini menampilkan penggunaan fabrik renda romantik, potongan siluet berstruktur serta rekaan yang mengutamakan keselesaan untuk dipakai sepanjang hari.

Antara pilihan yang ditawarkan termasuk RuchedReady Lace Kebaya Top, Leggy Lace Pants, Lace Cocoon Skirt serta Lace Kebaya Vest yang direka untuk dipadankan dalam pelbagai gaya.

Sebagai contoh, bahagian atas kebaya renda boleh digayakan bersama seluar jeans untuk penampilan santai, manakala seluar renda pula boleh dipadankan untuk acara minum petang bersama rakan.

Sebelum pelancaran rasmi di Malaysia, koleksi Love, Bonito x TOTON terlebih dahulu diperkenalkan menerusi pertunjukan fesyen eksklusif di Jakarta, Indonesia. Acara tersebut menampilkan wanita daripada pelbagai peringkat usia dan bentuk tubuh sebagai simbol bahawa kecantikan hadir dalam setiap fasa kehidupan.

Bagi pelanggan di Malaysia, koleksi ini akan tersedia di kedai terpilih Love, Bonito termasuk cawangan di The Exchange TRX bermula 27 Julai 2026, selain boleh didapati secara atas talian.

Untuk ahli #LBCommunity Gold Members pula, anda turut berpeluang menikmati akses awal menerusi aplikasi Love, Bonito dari 24 hingga 26 Julai 2026.

Koleksi Love, Bonito x TOTON ditawarkan pada harga bermula RM119 hingga RM629. Pelanggan juga boleh mendapatkan hadiah eksklusif berupa Love, Bonito x TOTON Vanity Case dengan pembelian minimum RM580.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd