Secret Recipe Menampilkan Tampalan Jerawat Edisi Terhad Bichi Mao

July 27, 2026
Kecantikan

Lina Rosli

Secret Recipe dengan kerjasama syarikat kosmetik terkenal Korea Selatan, SimplyHeal, telah hadir dengan tampalan jerawat tersendiri – yang menggunakan watak kucing tempatan Bichi Mao.

Ia merupakan koleksi tampalan jerawat edisi terhad yang menggabungkan elemen penjagaan kulit dan rekaan bertemakan kek.

Bagi yang tidak mengetahui, koleksi SimplyHeal Bye Bye Acne menggunakan tampalan jerawat jenis hidrokoloid premium yang diperkaya dengan minyak tea tree bagi membantu mengurangkan kemerahan, menyerap nanah serta mempercepatkan proses penyembuhan jerawat.

Setiap tampalan turut dihiasi dengan ilustrasi eksklusif Bichi Mao dan elemen kek Secret Recipe, menjadikannya bukan sekadar produk penjagaan kulit, malah aksesori yang menyerlahkan personaliti pengguna.

Kolaborasi ini hadir dalam dua versi iaitu siri Secret Recipe dan siri Watsons, masing-masing menawarkan kandungan serta hadiah eksklusif yang berbeza.

Untuk siri Secret Recipe, ia dijual pada harga RM12.90 untuk ahli Secret Recipe Rewards, RM14.90 pula harga promosi dan RM28.90 bagi harga runcit. Dan setiap pek mengandungi:

  • 18 tampalan jerawat Bichi Mao
  • Bekas kecil edisi terhad dengan cermin
  • Rantai kunci shaker Bichi Mao
  • Baucar SimplyHeal bernilai RM5 dengan pembelian minimum RM20 di Watsons

Manakala untuk siri Watsons pula ditawarkan pada harga promosi RM15.33 (harga asal RM21.90) dan setiap pek mengandungi:

  • 20 tampalan jerawat Bichi Mao
  • Rantai kunci shaker Bichi Mao
  • Baucar Secret Recipe yang menawarkan diskaun 50% untuk satu potong kek dengan pembelian satu minuman daripada kategori Signature Drinks, Ice Blended atau Milkshake.

Bagi yang berminat, siri Secret Recipe boleh didapati di semua cawangan Secret Recipe di seluruh negara bermula 23 Julai hingga 30 September 2026.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd