Philips Cipta Rekod Malaysia – Menggosok 49 Helai Baju Dalam Masa 1 Jam
Bat
Philips mencipta satu lagi pencapaian baharu apabila berjaya mencatat nama dalam Malaysia Book of Records menerusi kategori “Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh Sejam 2026”.
Rekod tersebut berjaya direkodkan di kedai mercu tanda mereka sendiri, di Mid Valley Mega Mall dengan menggunakan produk mereka, iaitu seterika Philips PerfectCare Steam Generator (PSG) yang dinaik taraf. Catatan yang berjaya adalah sebanyak 49 helai kemeja sekolah dalam tempoh 60 minit, mengatasi sasaran awal sebanyak 35 helai.


Buat pengetahyan, model Philips PerfectCare Steam Generator (PSG) 8000 Series ini telah diperkenalkan pada 2021. Ia hadir dengan penjana wap berkuasa tinggi yang menghasilkan kadar wap berterusan sehingga 215 gram seminit, selain kuasa semburan wap antara 750 hingga 850 gram. Seterika ini juga menggunakan Teknologi OptimalTEMP yang dikatakan tidak akan membuatkan kain terbakar dalam apa jenis suhu.
Dengan penampilan reka bentuk yang ringan, seterika ini boleh digunakan sama ada secara mendatar mahupun menegak. Ia juga dilengkapi dengan tangki air berkapasiti 1.4 liter yang boleh ditanggalkan, serta fungsi penutupan automatik selepas empat minit tidak digunakan untuk tujuan keselamatan.

Melalui pencapaian ini, Philips membuktikan bahawa keupayaan teknologi mereka dapat meringankan beban dan mempercepatkan rutin harian, khususnya bagi ibubapa yang perlu menyediakan pakaian sekolah anak-anak setiap hari.