RUBINE Catat Rekod Malaysia – Pemanas Air Pancuran Paling Nipis
Bat
Jenama RUBINE yang dikenali sebagai jenama perkakas rumah dan dapur terkemuka di Malaysia kini mencipta sejarah apabila siri EOS keluaran tempatan mereka diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records, sebagai pemanas air pancuran segera paling nipis di Malaysia dengan ketebalan hanya 45mm.

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen RUBINE dalam membangunkan produk yang menggabungkan reka bentuk moden dengan teknologi pintar seperti Energy Optimisation System (EOS), iaitu sistem yang mengoptimumkan aliran air dan penggunaan tenaga.
Rangkaian ini terdiri daripada EOS PRIME dan EOS ULTRA SLIM, yang dilengkapi pelbagai ciri keselamatan seperti Double Protection Double Thermal (DPDT), Dual Valve System bagi mengelakkan risiko melecur, dan panel kawalan sentuh digital dengan fungsi Last Memory Function.


Model terpilih turut dilengkapi DC inverter pump yang membolehkan pemanas air pancuran ini beroperasi dengan bunyi di bawah 45 desibel bagi meningkatkan tekanan air. Manakala EOS PRIME pula menawarkan kemudahan rain shower dan hand shower terbina dalam dalam satu unit yang kompak.
Menurut RUBINE, pengiktirafan ini bukan sahaja membuktikan pencapaian hasil mereka tetapi juga menjadi bukti komitmen syarikat dalam menghasilkan penyelesaian kediaman yang lebih inovatif.