Inside Scoop Menampilkan Lokal Legends 2026 – Kolaborasi Dengan 9 Jenama Tempatan Popular

August 6, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Inside Scoop kembali memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan menerusi kempen tahunan Lokal Legends 2026. Menariknya, edisi kali ini merupakan yang terbesar setakat ini apabila menghimpunkan sembilan jenama tempatan terkenal untuk menghasilkan koleksi aiskrim edisi terhad yang diinspirasikan daripada produk ikonik masing-masing.

Bagi yang belum mengenali kempen ini, Lokal Legends mula diperkenalkan pada tahun 2024 sebagai inisiatif meraikan jenama-jenama tempatan yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.

Setiap kolaborasi bukan sahaja mengangkat cita rasa ikonik jenama-jenama tersebut ke dalam bentuk aiskrim, malah membangkitkan nostalgia menerusi hidangan dan minuman yang membesar bersama pelbagai generasi di negara ini.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kolaborasi Inside Scoop bersama jenama tempatan sentiasa dinantikan kerana menawarkan gabungan rasa yang unik.

Kali ini, daripada perisa coklat yang kaya hinggalah kepada pilihan klasik seperti ube dan teh tarik, berikut merupakan perisa baharu yang boleh anda nikmati menerusi Lokal Legends 2026.

  • Beryl’s Tiramisu Almond Chocolate – Aiskrim coklat gelap tiramisu dengan lapisan coklat fudgy dan badam panggang madu.
  • BOH Teh Tarik – Aiskrim teh tarik menggunakan teh BOH dan susu pekat manis, dipadankan dengan mochi gula perang.
  • Farm Fresh Pistachio Yoghurt Crunch – Aiskrim yogurt bersama kunafa pistachio yang rangup.
  • Gardenia Choc-A-Lot Twiggies – Aiskrim susu coklat dengan potongan Gardenia Twiggies Choc-A-Lot.
  • Mister Potato Choc Potato Chips N’ Cream – Aiskrim vanila bersama karamel masin dan kepingan Mister Potato bersalut coklat.
  • Oriental Kopi Kaya Butter Toast – Aiskrim kaya pandan dan mentega perang dengan cebisan roti bakar.
  • Secret Recipe Chocolate Indulgence® – Gabungan aiskrim coklat dan kastard bersama sos coklat hazelnut serta potongan kek Chocolate Indulgence®.
  • Thumbs Peanut Butter Jelly – Aiskrim mentega kacang dengan jem beri biru dan lapisan mentega kacang.
  • ZUS Coffee Ube Latté – Aiskrim berperisa ube bersama mochi kenyal yang diinspirasikan daripada minuman popular ZUS Coffee.

Bagi mereka yang ingin menikmati kesemua perisa, Inside Scoop turut memperkenalkan 9-Scoop Party Pack yang mengandungi kesemua sembilan perisa dalam satu kotak.

Setiap pembelian juga didatangkan bersama Ice Cream Passport Edisi Khas Lokal Legends serta koleksi pelekat eksklusif sebagai cenderahati.

Untuk kempen ini, Lokal Legends 2026 akan mula ditawarkan di semua cawangan Inside Scoop yang mengambil bahagian di seluruh negara bermula 10 Ogos 2026 untuk tempoh terhad.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd