Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff – Gabungan Coklat Dengan Biskut Karamel Rangup

August 7, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Jika anda menggemari gabungan coklat susu yang lemak berkrim dengan kemanisan karamel serta kerangupan biskut, kolaborasi antara Cadbury Dairy Milk dan Lotus Biscoff ini pastinya tidak boleh dilepaskan.

Cadbury Dairy Milk dan Lotus Biscoff kini tampil dengan produk baharu yang menggabungkan dua cita rasa ikonik ini dalam satu bar coklat.

Gabungan coklat susu Cadbury Dairy Milk yang lembut bersama biskut Lotus Biscoff berperisa karamel menawarkan pengalaman menikmati coklat yang lebih unik dan memikat selera.

Lebih menarik, Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan bar coklat ini selepas ia menerima sambutan hangat di United Kingdom dan Australia.

Malah, setiap bar Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff dihasilkan dan dibungkus secara tempatan di kilang Cadbury yang terletak di Shah Alam, sekaligus membuktikan keupayaan Malaysia dalam menghasilkan produk bertaraf antarabangsa.

Pelancaran rasmi produk ini diadakan bersempena Hari Persahabatan Sedunia menerusi satu acara khas di The Starhill Kuala Lumpur.

Para tetamu berpeluang menikmati pelbagai pengalaman interaktif, termasuk sesi merasa produk, aktiviti yang direka untuk dilakukan secara berpasangan serta ruang bergambar bagi meraikan detik kebersamaan, selari dengan tema kolaborasi ini.

Menurut Cadbury, Lotus Biscoff kini bukan lagi sekadar biskut yang dinikmati bersama secawan kopi. Sebaliknya, ia semakin popular sebagai ramuan dalam pelbagai pencuci mulut, minuman kafe dan resipi yang tular di media sosial.

Oleh itu, gabungan bersama Cadbury Dairy Milk dijangka menjadi pilihan baharu buat peminat kedua-dua jenama.

Bagi yang ingin mencubanya, Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff ditawarkan dalam beberapa saiz pembungkusan dan kini boleh didapati di peruncit utama serta kedai serbaneka terpilih di seluruh negara.

Ia juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi TikTok Shop rasmi Cadbury Dairy Milk Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd