Luckin Coffee Hadir Dengan Menu Baharu Sempena Merdeka – Kolaborasi Dengan Kisah Bawah Tanah

August 12, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Sempena sambutan Merdeka tahun ini, Luckin Coffee Malaysia tampil dengan kempen “Rasa Kita, Cerita Kita” yang menggabungkan citarasa tempatan dan kisah rakyat Malaysia menerusi kolaborasi bersama Kisah Bawah Tanah, siri animasi dewasa pertama di Malaysia terbitan Animasia Studio.

Kolaborasi ini mengetengahkan pelbagai elemen yang dekat dengan masyarakat tempatan, termasuk cerita rakyat, kenangan zaman kecil dan citarasa tradisional yang terus menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, Kisah Bawah Tanah merupakan sebuah animasi yang mengolah semula kisah mistik dan watak legenda tempatan dalam bentuk komedi yang lebih santai dan dekat dengan kehidupan seharian.

Antara watak yang diketengahkan termasuk Pontianak, Pocong, Hantu Raya dan Skeleton. Sepanjang lebih 10 tahun, siri animasi buatan tempatan ini turut berkembang ke peringkat serantau selepas memulakan tayangan di Astro Malaysia dan kemudiannya disiarkan di Thailand menerusi saluran Boom.

Menerusi kolaborasi bersama Luckin Coffee, watak-watak popular seperti Sam, Zack, Ina, Tok Mart, Vincent dan Pocing kini turut menjadi sebahagian daripada kempen Merdeka tahun ini.

Kedua-dua jenama turut menghasilkan empat episod mini eksklusif di bawah tema “Rasa Kita, Cerita Kita”. Setiap episod membawa nilai yang dekat dengan rakyat Malaysia, iaitu semangat, jiwa, ketahanan dan keharmonian.

Kesemua episod ini akan disiarkan menerusi media sosial Luckin Coffee sepanjang tempoh kempen – iaitu sehingga September 2026.

Pengenalan Minuman Berasaskan Gula Melaka

Selain kisah tempatan, kempen ini turut membawa citarasa Malaysia ke dalam menu Luckin Coffee menerusi siri minuman bermusim yang akan diperkenalkan secara berperingkat sepanjang Ogos dan September.

Kempen bermula pada 14 Ogos 2026 dengan pengenalan Siri Gula Melaka, yang menampilkan gula kabung berkaramel sebagai ramuan utama.

Antara minuman yang diperkenalkan ialah:

  • Gula Melaka Shakerato – Minuman kopi sejuk yang menggabungkan buih espreso, air kelapa dan lapisan gula Melaka yang kaya untuk rasa yang lebih manis dan menyegarkan.
  • Gula Melaka Latte – Gabungan espresso dengan gula kabung beraroma, menghasilkan minuman kopi yang seimbang dengan rasa manis yang lembut.

Luckin Coffee turut merancang untuk memperkenalkan dua lagi siri perisa bermusim dalam beberapa minggu akan datang, menjadikan sambutan Merdeka tahun ini lebih meriah dengan pelbagai citarasa tempatan.

Barangan Eksklusif Kisah Bawah Tanah

Bagi melengkapkan kempen, peminat juga berpeluang mendapatkan barangan dagangan edisi terhad yang menampilkan watak-watak Kisah Bawah Tanah.

Antara barangan yang ditawarkan termasuk pelekat timbul, payung dan beg tote plushie dengan rekaan watak yang menggabungkan elemen comel dan gaya spooky-chic.

Barangan ini boleh didapati di semua cawangan Luckin Coffee serta menerusi aplikasi mudah alih Luckin Coffee bermula 14 Ogos 2026, untuk tempoh terhad dan selagi stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd