PUMA Suede Bloom Tampil Dengan Sentuhan Feminin Dan Gaya Lebih Manis
Lina Rosli
Selepas kemunculan semula model OG pada Julai 2026, PUMA meneruskan era baharu Suede menerusi koleksi terbaharu PUMA Suede Bloom yang memberikan sentuhan lebih feminin pada siluet ikonik tersebut.
Sejak diperkenalkan pada tahun 1968, PUMA Suede terus menjadi antara model kasut yang mudah dikenali dan sentiasa berubah mengikut perkembangan zaman.

Menerusi Suede Bloom, PUMA memberikan nafas baharu kepada rekaan klasik ini dengan beberapa perincian yang lebih lembut dan feminin.
Antaranya ialah perincian faux pearl, pilihan tali kasut satin yang boleh ditukar serta rekaan tali berenda dengan kemasan beropol.
Koleksi ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Frosted Ivory, Misty Pink dan PUMA Black, menjadikannya lebih mudah digayakan untuk pelbagai penampilan.

Selain reka bentuknya, kempen Suede Bloom turut mengetengahkan idea tentang kebersamaan dan keperibadian, dengan gaya visual yang lebih ringan dan spontan.
Ia juga membawa konsep blooming sebagai simbol perubahan mengikut musim serta bentuk ekspresi diri.

Dengan rekaan yang boleh digayakan mengikut citarasa sendiri, PUMA Suede Bloom sesuai untuk mereka yang mahu menampilkan gaya kasual dengan sedikit sentuhan feminin.
PUMA Suede Bloom dalam warna “Frosted Ivory” dan “Misty Pink” kini ditawarkan pada harga RM439 dan boleh didapati menerusi PUMA.com serta kedai-kedai PUMA.
Bagi pilihan warna PUMA Black, ia pula boleh didapati secara eksklusif di beberapa peruncit PUMA terpilih.