Love, Bonito Memperlihatkan Koleksi Bridesmaid Ogos 2026
Lina Rosli
Bersempena dengan musim perkahwinan yang bakal tiba– terutamanya menjelang penghujung 2026 ini, nampaknya Love,Bonito mula tampil koleksi bridesmaid Ogos 2026 yang menggabungkan siluet anggun dalam fabrik chiffon dan satin yang lembut bersama dengan padanan rona warna mewah seperti Wine, Cocoa, Olive, Deep Plum, Cream, Black dan Powder Blue.
Selain pilihan warna yang moden, koleksi ini turut mengetengahkan rekaan BraFree by LB, potongan yang memberi bentuk lebih kemas serta set pakaian sedondon.
Setiap rekaan juga dihasilkan dengan mengambil kira konsep repeat wear, membolehkan pakaian digayakan semula untuk pelbagai acara selepas musim perkahwinan berakhir.


Menurut Love,Bonito, koleksi ini tidak hanya direka untuk dipakai ketika menjadi bridesmaid. Love, Bonito turut menampilkan cara untuk menggayakan semula setiap helaian bagi aktiviti dan acara lain.
Sebagai contoh, Satin Cowl Neck Top bersama Satin Bias Cut Skirt boleh digayakan untuk acara santai seperti garden party.

Untuk penampilan lebih kasual, skirt tersebut boleh digantikan dengan Wide Straight Leg Panelled Jeans sebelum keluar menikmati kopi di kafe.
Bagi mereka yang mahukan gaya lebih santai untuk malam temu janji atau menonton wayang, Pleated Fit & Flare Dress pula boleh dipadankan bersama RuchedReady Bomber Jacket untuk memberikan kontras antara gaya feminin dan kasual.


Dengan pilihan rekaan yang boleh digayakan dalam pelbagai cara, koleksi bridesmaid Ogos 2026 ini membawa pendekatan yang lebih praktikal, membolehkan pakaian yang dipakai untuk satu majlis terus menjadi sebahagian daripada almari pakaian harian.
Koleksi Bridesmaid Ogos 2026 Love, Bonito kini boleh didapati di kedai-kedai Love, Bonito dengan harga antara RM165 hingga RM359.