Garmin Kolaborasi Bersama Izzati Suza Untuk Raikan Semangat Lokal Sempena Hari Merdeka

August 18, 2026
Gajet Dan Teknologi

Lina Rosli

Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Garmin Malaysia memperkenalkan Garmin Celebrates Lokal, sebuah kempen yang mengetengahkan kreativiti, budaya serta semangat komuniti tempatan.

Kempen ini juga mengajak rakyat Malaysia untuk kekal aktif mengikut cara masing-masing.

Antara tarikan utama kempen ini ialah kolaborasi Garmin Malaysia bersama artis tempatan Izzati Suza, yang terkenal dengan karya ilustrasi berinspirasikan doodle dan kisah kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Menerusi kolaborasi ini, Garmin dan Izzati Suza turut menghasilkan koleksi barangan eksklusif berinspirasikan Malaysia, selain muka jam Garmin edisi terhad yang menampilkan elemen budaya tempatan.

Muka jam Garmin Celebrates Lokal boleh dimuat turun secara percuma menerusi Connect IQ mulai 11 Ogos 2026.

Aktiviti Bersama Komuniti

Selain karya seni, Garmin Celebrates Lokal turut diteruskan menerusi siri aktiviti komuniti sepanjang Ogos dan September.

Antaranya ialah sesi kecergasan, trail run, larian bandar, berjalan kaki dan yoga yang direka untuk menghimpunkan masyarakat dengan pelbagai tahap kecergasan.

Antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah:

  • Pound with PWH – 22 Ogos 2026, KL Tower
  • Trail Run with Garmin Trail – 30 Ogos 2026, Bukit Dinding
  • Yoga with PWH – 5 September 2026, Perdana Botanical Garden
  • Women’s Run – She Runs Lokal – 13 September 2026, KL Car Free Day

Pendaftaran bagi aktiviti komuniti ini dibuka mulai 17 Ogos 2026, dengan pautan pendaftaran akan dikongsikan menerusi media sosial rasmi Garmin Malaysia.

Promosi Merdeka Garmin Sehingga 40%

Dalam masa yang sama, Garmin Malaysia turut menawarkan promosi Happy Merdeka Day dengan penjimatan sehingga 40% untuk produk Garmin terpilih sehingga 31 Ogos 2026.

Pelanggan yang membeli mana-mana peranti Garmin sepanjang tempoh promosi akan menerima pek pelekat Garmin Celebrates Lokal, manakala pembelian bernilai RM2,000 dan ke atas turut layak menerima Garmin Celebrates Lokal Tumbler Blind Box, sementara stok masih ada.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd