Carlo Rino Hadir Dengan Koleksi Istimewa Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan
Lina Rosli
Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Carlo Rino tampil dengan kempen terbaharu, ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’, yang meraikan semangat perpaduan serta kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Menampilkan pelakon popular Malaysia, Tracie Sinidol sebagai wajah kempen, kempen ini mengetengahkan hubungan erat antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui perspektif fesyen.
Untuk pengetahuan anda, menerusi kempen ini, Carlo Rino tampil dengan variasi pilihan dan rangkaian produk yang direka untuk melengkapi pelbagai gaya yang bersesuaian dengan wanita moden.
Ini termasuklah gaya untuk waktu kasual dan juga gaya ketika acara yang lebih istimewa.

Koleksi tersebut menampilkan identiti Carlo Rino menerusi tekstur lembut, siluet kontemporari, rekaan yang praktikal serta kemasan yang memberikan sentuhan elegan tanpa kelihatan berlebihan.
Dengan kepelbagaian pilihan beg, kasut dan aksesori, setiap rekaan boleh digayakan mengikut keperluan serta personaliti pemakainya.


Kempen ‘Lambaian Bayu, Sinar Kebangsaan’ akan berlangsung sepanjang bulan Ogos sehingga sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.
Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, koleksi ini boleh didapati di butik Carlo Rino di seluruh negara serta menerusi kedai rasmi atas talian.