Madam Kwan’s Kini Diiktiraf Halal JAKIM, Catat Rekod Jualan 245,362 Pinggan Nasi Bojari
Lina Rosli
Bagi penggemar hidangan tradisional dengan sentuhan moden, Nasi Bojari sememangnya antara menu yang sinonim dengan nama Madam Kwan’s.
Hidangan yang terkenal dengan gabungan nasi berwarna-warni, ayam berempah, daging dan udang ini bukan sahaja menjadi pilihan pelanggan, malah kini mencatat satu pencapaian istimewa.
Madam Kwan’s kini diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pada masa yang sama, rangkaian restoran ini turut mencatat rekod jualan sebanyak 245,362 pinggan Nasi Bojari dalam tempoh satu tahun merentasi 19 cawangannya.

Pencapaian tersebut turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, sekaligus mengukuhkan kedudukan Nasi Bojari sebagai antara hidangan ikonik yang cukup dekat dengan pelanggan Madam Kwan’s.
Menurut Madam Kwan’s, walaupun angka jualan menjadi ukuran kepada pencapaian ini, perkara yang lebih mencabar ialah memastikan setiap pinggan yang dihidangkan mengekalkan rasa dan kualiti yang konsisten.

Bagi Madam Kwan’s, Nasi Bojari bukan sekadar satu menu dalam senarai hidangan. Ia telah menjadi sebahagian daripada identiti restoran dan pilihan yang sering dikaitkan dengan pengalaman menjamu selera di Madam Kwan’s.
Kini Dengan Pengiktirafan Halal JAKIM
Dalam perkembangan terbaharu, pengiktirafan halal daripada JAKIM turut memberikan satu lagi nilai tambah kepada Madam Kwan’s.
Pensijilan halal ini memberikan keyakinan kepada pelanggan Muslim untuk menikmati hidangan di restoran berkenaan, selain memperlihatkan komitmen Madam Kwan’s dalam memenuhi keperluan dan kepercayaan pelanggan.
Jadi, bagi anda yang ingin mendapatkan pengalaman menikmati Nasi Bojari yang ikonik, anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Madam Kwan’s yang berdekatan.