Gigi Coffee Memperkenalkan 5 Minuman Berinspirasikan Malaysia Sempena Merdeka

August 20, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan makanan yang mencerminkan identiti setiap negeri.

Menariknya, citarasa tempatan kini turut diterjemahkan ke dalam pilihan minuman menerusi koleksi baharu daripada Gigi Coffee.

Menerusi siri Cita Rasa Tempatan, Gigi Coffee memperkenalkan lima minuman yang diinspirasikan daripada rasa dan suasana tempatan dari lima wilayah di Malaysia.

Koleksi ini mengetengahkan gabungan rasa yang lebih unik, dengan setiap minuman membawa identiti tersendiri. Antaranya ialah:

  • Mangga Coconut Latte (RM13) dari wilayah utara Malaysia.
  • Nyonya Garden Latte (RM12) dari wilayah selatan Malaysia.
  • Bandung Strawberry Latte (RM13) dari wilayah tengah Malaysia.
  • Ombak Asam Fizz (RM11) dari wilayah timur Semenanjung Malaysia.
  • Rimba Lemonade (RM11) dari wilayah Malaysia Timur.

Bagi peminat minuman berasaskan kopi dan susu, Mangga Coconut Latte menggabungkan rasa kopi bersama mangga dengan kelapa untuk menghasilkan minuman yang manis dan berkrim.

Sementara itu, Nyonya Garden Latte pula mengetengahkan inspirasi daripada citarasa Nyonya dengan gabungan rasa yang lebih harum dan menyegarkan.

Bagi yang gemarkan minuman dengan rasa buah-buahan, Bandung Strawberry Latte menawarkan gabungan rasa Bandung dan strawberi dalam satu minuman.

Selain pilihan berasaskan susu dan kopi, koleksi ini turut menampilkan dua minuman yang lebih menyegarkan iaitu Ombak Asam Fizz dan Rimba Lemonade.

Kelima-lima minuman ini telahpun tersedia mulai 20 Ogos 2026 di semua cawangan Gigi Coffee di Malaysia.

Dengan konsep “5 regions. 5 flavours. One Malaysia”, siri Cita Rasa Tempatan mengangkat kepelbagaian rasa yang dekat dengan masyarakat Malaysia dalam bentuk minuman yang boleh dinikmati sepanjang hari.

Jadi, daripada lima pilihan yang diperkenalkan, yang mana satu menjadi pilihan pertama anda?

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd