Lazada 9.9 2026 Kembali, Ini Tawaran Menarik Yang Boleh Anda Dapatkan

August 26, 2026
Promosi

Lina Rosli

Jualan Mega Jenama Lazada 9.9 kembali lagi dengan pelbagai tawaran menarik daripada jenama tempatan dan antarabangsa.

Tahun ini, pengguna boleh menikmati baucar diskaun sehingga RM1,000, tawaran produk serendah RM19, penghantaran percuma serta pelbagai promosi eksklusif di LazMall.

Kempen ini akan berlangsung dari 12.00 tengah malam, 6 September hingga 11 September 2026. Namun, pengguna boleh mula membuat persediaan lebih awal kerana tawaran utama akan bermula pada 8 September, jam 8.00 malam.

Pada waktu tersebut, Lazada akan menawarkan diskaun terbaik serta baucar kempen untuk membantu pengguna mendapatkan lebih banyak penjimatan ketika membeli-belah.

Sempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia, Lazada turut bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerusi inisiatif Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia).

Menerusi inisiatif ini, pengguna berpeluang mengenali lebih banyak jenama tempatan yang mungkin sudah biasa digunakan dalam kehidupan seharian.

Antara jenama Malaysia yang diketengahkan termasuk Russell Taylors, KHIND, OGAWA, PerySmith, Case Valker, POH KONG, TRAPO, Dr Cardin, TTRacing, HABIB, GINTELL, Signature Market dan Beacon Mart.

Pilihan produk juga merangkumi pelbagai kategori seperti barangan rumah, kesihatan dan kesejahteraan, fesyen, makanan, permainan serta aksesori automotif.

Antara tawaran yang paling menarik ialah Tawaran Kejutan RM19 yang mana pengguna berpeluang mendapatkan produk terpilih daripada jenama seperti King Koil, Thule, Pandora dan banyak lagi pada harga hanya RM19.

Bukan itu sahaja, terdapat juga tawaran promosi lain yang boleh dinikmati seperti:

  • Stack & Save – dapatkan penjimatan sehingga 50% menerusi tawaran terpilih.
  • Crazy Brand Mega Offers – tawaran istimewa daripada pelbagai jenama di LazMall.
  • Surprise Box – tersedia dari 9 hingga 11 September, bermula jam 10 pagi dengan tawaran berbeza sepanjang hari.
  • Jaminan Harga Terendah – promosi untuk produk terpilih.
  • Free Shipping – nikmati penghantaran percuma bagi pembelian yang layak.

Jadi, jangan ketinggalan untuk menerokai Jualan Mega Jenama Lazada 9.9 berlangsung sehingga 11 September 2026.

Untuk melihat senarai produk, kedai LazMall dan tawaran yang mengambil bahagian, pengguna boleh mengakses aplikasi Lazada atau laman rasmi Lazada Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd