Raikan Kemeriahan Merdeka Di LEGOLAND Malaysia Resort – Sehingga 20 September 2026

August 27, 2026
Gaya Hidup

Lina Rosli

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, LEGOLAND Malaysia Resort buat pertama kalinya menganjurkan Merdeka Fest, sebuah festival yang menggabungkan budaya Malaysia, aktiviti LEGO dan permainan untuk seisi keluarga.

Bagi anda yang ingin menerokai kemeriahan Merdeka Fest, acara ini akan berlangsung bermula 27 Ogos ini sehingga 20 September 2026.

Menerusi acara ini, terdapat pelbagai aktiviti seperti persembahan kebudayaan, bengkel interaktif dan aktiviti membina LEGO yang boleh anda terokai.

Antara yang menarik termasuklah persembahan kebudayaan di The Beginning Stage yang mana ia menampilkan pelbagai jenis tarian kebangsaan seperti Tarian Tradisi Malaysia, Tarian Rakyat Serumpun dan Tarian Borneo.

Bukan itu sahaja, terdapat juga bengkel yang boleh disertai pengunjung seperti Bengkel Tarian Joget 1 Malaysia, Bengkel Zapin Warisan, Bengkel Kuda Kepang, Let’s Learn Magunatip dan Mari Mencanting Batik.

Festival ini turut menampilkan Merdeka Opening Spectacular dari 27 Ogos hingga 6 September, diikuti Unity Grand Finale Farewell Show dari 14 hingga 20 September.

Selain aktiviti budaya, keluarga juga boleh menyertai beberapa aktiviti LEGO seperti LEGO Mural Jalur Gemilang, Malaysia Discovery Quest, Merdeka Colouring, Build-A-Heart dan Build-A-Tower.

Lebih menarik, beberapa pertandingan khas akan diadakan dari 28 hingga 31 Ogos:

  • 28 Ogos: Speed Building Challenge
  • 29 Ogos: Merdeka Costume Contest
  • 30 Ogos: Batik Painting Competition
  • 31 Ogos: Merdeka Singing Competition

Tidak ketinggalan, anda juga berpeluang untuk mendapatkan Triple Park Annual Pass turut ditawarkan pada harga RM266, termasuk pas MINILAND Sultan Ibrahim Stadium (JDT) edisi terhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket dan jadual aktiviti, layari laman rasmi LEGOLAND Malaysia Resort.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd