I’m donut? Bakal Dibuka Di Malaysia Pada 12 September Ini

August 28, 2026
syarikat

Lina Rosli

Nampaknya, peminat donut di Malaysia bakal berpeluang mencuba jenama donut popular dari Jepun apabila I’m donut? membuka kedai pertamanya di Asia Tenggara.

Bagi peminat I’m donut?, lokasi kedai pertama mereka di rantau ini akan dibuka di The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada 12 September 2026, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama jenama tersebut di Asia Tenggara.

Pembukaan di Kuala Lumpur ini menandakan satu langkah baharu untuk jenama tersebut, selain memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencuba sendiri donut nama ikonik I’m donut? yang telah menjadikan jenama ini begitu popular.

Bagi yang tidak mengetahui, donut ini terkenal dengan bahagian luar yang sedikit rangup, dan bahagian dalamnya yang sangat ringan dan lembut.

Jenama ini juga mempunyai ramai peminat dalam kalangan pencinta makanan di Jepun dan semakin dinantikan oleh mereka yang ingin mencuba pengalaman menikmati donut yang berbeza.

Sempena pembukaannya di Malaysia, pelanggan boleh mencuba beberapa pilihan yang menjadi antara menu popular I’m donut?.

Antaranya ialah I’m donut? Original, yang menampilkan tekstur lembut ikonik jenama tersebut.

Turut ditawarkan ialah Nama French Cruller dengan salutan gula, Pistachio Cream yang diisi pes pistachio dan krim segar, serta Cacao yang dihiasi cacao nibs.

Bagi peminat rasa klasik, Custard pula hadir dengan inti kastard buatan sendiri yang lebih berkrim.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd