Skechers Superstore Kini Dibuka Di Sunway Pyramid, Tampilkan Koleksi Baharu Bersama SEVENTEEN
Lina Rosli
Skechers Malaysia kini membuka semula rangkaian butik mercu mereka dia Sunway Pyramid di LG1.129.
Pembukaan semula butik ini tampil dengan dengan ruang yang lebih luas dan pilihan produk yang merangkumi kasut, pakaian serta aksesori untuk pelbagai aktiviti dan gaya hidup.

Dengan ini, pelanggan boleh menerokai pelbagai koleksi Skechers mengikut keperluan, daripada kasut untuk aktiviti sukan dan berjalan sehinggalah pilihan gaya harian.
Antara koleksi yang boleh didapati termasuk rangkaian Running dengan pilihan seperti AERO Razor, Burst, Spark dan Pulse.

Bagi mereka yang mengutamakan keselesaan ketika berjalan, terdapat pula rangkaian Walking seperti Max Cushioning dan Hands Free Slip-ins.
Skechers turut menyediakan pilihan untuk aktiviti seperti pickleball menerusi model Viper Court Elite 2.0 dan Viper Court Pro 2.0. Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan koleksi Lifestyle, Foamies, Kids dan Golf, termasuk pakaian prestasi untuk melengkapkan gaya hidup aktif.

Salah satu kemudahan yang ditawarkan di butik ini ialah teknologi SafeSize, yang menggunakan pengimbasan untuk menganalisis saiz dan bentuk kaki pelanggan.
Maklumat tersebut kemudiannya boleh membantu mencadangkan padanan kasut yang lebih sesuai, sekali gus memudahkan pelanggan memilih kasut berdasarkan ukuran kaki sendiri.


Koleksi Khas Bersama DK, Seungkwan Dan Dino
Selain koleksi sedia ada, Skechers turut memperkenalkan koleksi khas bersama tiga anggota SEVENTEEN, iaitu DK, Seungkwan dan Dino.
Menariknya, koleksi pakaian ini menampilkan ilustrasi lukisan tangan yang direka sendiri oleh ketiga-tiga anggota tersebut. Setiap rekaan kemudiannya diterjemahkan pada pilihan pakaian seperti T-shirt lengan pendek, pullover knit dan jaket woven.


Ilustrasi yang digunakan turut mengambil inspirasi daripada perkara yang dekat dengan personaliti dan kehidupan mereka, termasuk makanan, minuman, haiwan serta aktiviti kegemaran.
Selain pakaian, kolaborasi ini turut mengetengahkan kasut Skechers Hands Free Slip-ins: Court Classics Hotshot, yang hadir dengan elemen khas untuk peminat.
Kasut ini turut didatangkan bersama kotak edisi khas dan empat set tali kasut, membolehkan pemakai menukar penampilan kasut mengikut gaya masing-masing.

DK, Seungkwan Dan Dino Hadir Ke Malaysia
Sempena pembukaan semula cawangan ini dan pelancaran koleksi baharu, DK, Seungkwan dan Dino turut hadir ke Sunway Pyramid untuk bertemu peminat Malaysia.
Ketiga-tiga mereka merupakan Duta Serantau Skechers dan kehadiran mereka menjadi antara tarikan utama acara pelancaran koleksi baharu tersebut.


Selain memperkenalkan koleksi baharu, Skechers turut mengadakan pertunjukan fesyen sempena acara pembukaan semula ini.
Menerusi persembahan tersebut, beberapa gaya ditampilkan untuk menunjukkan bagaimana kasut dan pakaian Skechers boleh digayakan mengikut aktiviti serta keperluan harian.

Daripada gaya kasual untuk keluar bersantai, pakaian yang lebih sesuai untuk aktiviti aktif sehinggalah padanan untuk kegunaan harian, pertunjukan ini memberikan gambaran kepada pelanggan tentang cara menggabungkan koleksi Skechers dalam gaya masing-masing.


Pendekatan ini juga menunjukkan bahawa koleksi Skechers bukan hanya tertumpu kepada fungsi dan keselesaan, tetapi boleh disesuaikan dengan pelbagai gaya serta rutin harian.
Dengan pelbagai pilihan kasut, pakaian dan aksesori, ditambah dengan koleksi khas hasil rekaan tiga anggota SEVENTEEN, Skechers Sunway Pyramid kini menawarkan lebih banyak pilihan untuk pelanggan dan peminat yang ingin mendapatkan koleksi terbaharu jenama tersebut.