Hydro Flask x Izzati Suza: Koleksi Edisi Terhad Dengan Sentuhan Seni Malaysia
Lina Rosli
Botol minuman kini bukan sekadar digunakan untuk membawa air, malah semakin menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian.
Seiring dengan trend tersebut, Hydro Flask memperkenalkan kolaborasi artis pertamanya di Malaysia bersama ilustrator tempatan Izzati Suza menerusi edisi terhad yang mengangkat elemen seni dan identiti tempatan.

Menampilkan ilustrasi khas yang diinspirasikan oleh warna, budaya serta momen kehidupan seharian di Malaysia, koleksi ini memberikan nafas baharu kepada botol minuman ikonik Hydro Flask dengan sentuhan seni yang lebih dekat dengan masyarakat tempatan.
Untuk koleksi ini, Hydro Flask menawarkan dua pilihan saiz iaitu 12 oz Wide Mouth 2.0 dan 6.7 oz Micro. Kedua-duanya boleh didapati dalam beberapa pilihan warna dan kemasan.

Antara pilihan yang tersedia ialah Pink, Cloud, Hydro Gray dan Birch, dengan dua rekaan utama iaitu Malaysia dan Flower.
Bagi mereka yang mahukan botol bersaiz lebih kecil dan mudah dibawa, saiz 6.7 oz Micro sesuai dijadikan teman ketika keluar bekerja, bersiar-siar atau melakukan aktiviti harian.
Sementara itu, saiz 12 oz Wide Mouth 2.0 menawarkan kapasiti yang lebih besar untuk kegunaan harian.

Dari segi fungsi, koleksi ini masih mengekalkan ciri yang sinonim dengan Hydro Flask.
Botol ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan menggunakan teknologi penebat vakum dua lapisan untuk membantu mengekalkan suhu minuman.
Dengan ini, ia boleh mengekalkan minuman sejuk sehingga 20 jam dan minuman panas sehingga 7 jam.
Bukan itu sahaja, botol ini juga mempunyai penutup yang kalis bocor apabila ditutup dengan sempurna serta tidak mudah menyimpan bau atau rasa daripada minuman sebelumnya.


Bagi yang berminat, koleksi ini kini boleh didapati menerusi Hydro Flask Malaysia pada harga bermula RM119 sebotol.