ZUS COFFEE Raikan Sambutan ZUS Tea Fresh Brew Dengan Lebih 500,000 Penyertaan Cabutan Bertuah

September 4, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

ZUS COFFEE terus memperluaskan pilihan minuman untuk memenuhi citarasa pelanggan menerusi pengenalan ZUS Tea Fresh Brew.

Rangkaian minuman berasaskan teh ini menampilkan tiga pilihan iaitu Da Hong Pao Milk Tea, White Peach Oolong Milk Tea dan Jasmine Milk Tea – yang mana ia hadir menawarkan karakter teh berbeza untuk memenuhi citarasa pelanggan.

Pengenalan rangkaian ini turut diserikan menerusi kempen ZUS Tea Giveaway: Scratch & Win yang berlangsung dari 6 hingga 31 Julai 2026.

Kempen tersebut menerima lebih daripada 500,000 penyertaan, dengan hadiah yang merangkumi sebuah rumah, kereta elektrik serta hadiah dalam kategori kesihatan dan kesejahteraan, hiburan serta makanan dan minuman.

Menurut ZUS COFFEE, sambutan terhadap kempen tersebut amat menggalakkan, khususnya apabila pelanggan berpeluang menikmati rangkaian teh baharu sambil menyertai kempen yang menawarkan pelbagai ganjaran.

Majlis penyampaian hadiah kempen berkenaan baru-baru ini diadakan di cawangan ZUS COFFEE Sunway Wangsa Mall bagi meraikan para pemenang serta rakan kerjasama yang terlibat.

Antara pemenang yang diraikan ialah Muhammad Shahrizal, yang memenangi hadiah utama berupa sebuah rumah.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd