HOKA Buka Cawangan Baru Di Pavilion KL, Perkukuh Kehadiran Dalam Komuniti Larian

September 4, 2026
Fesyen

Bat

HOKA®, jenama kasut prestasi global yang terkenal dengan inovasi dalam sukan larian, kini memperkukuh kehadirannya menerusi pembukaan rasmi kedai baharu di Pavilion Kuala Lumpur. 

Kedai baharu ini menawarkan pelbagai rangkaian kasut dan pakaian untuk aktiviti sukan termasuk larian dan mendaki.

Koleksi yang ditawarkan turut menampilkan teknologi kasut dengan ciri kusyen dan keselesaan yang disesuaikan mengikut keperluan pelari, sama ada mereka yang baru berjinak dalam dunia larian mahupun pelari berpengalaman.

Selain memperluaskan rangkaian kedai, HOKA® juga menghimpunkan pelari melalui aktiviti larian komuniti serta sesi latihan berstruktur melalui insiatif HOKA® Run Club dan Run It Again.

Pembukaan kedai di Pavilion KL ini turut menyusuli langkah HOKA® dalam memperbaharui dan mengembangkan kedai mereka di Suria KLCC. Kehadiran kedua-dua lokasi di pusat bandar Kuala Lumpur memberikan lebih banyak pilihan kepada komuniti larian untuk mendapatkan dan mencuba koleksi terbaharu HOKA®.

Menerusi slogan “Fly Human Fly”, HOKA® percaya bahawa pergerakan mampu mendorong seseorang untuk mengenali potensi diri dan mencapai lebih banyak dalam perjalanan mereka.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai HOKA, kunjungi laman rasmi HOKA di https://hoka.com.my/ dan ikuti Instagram rasmi HOKA. 

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd