Haier Horizon Collection: Peti Sejuk 820L Dengan Teknologi Kesegaran Untuk Dapur Moden
Lina Rosli
Baru-baru ini, Haier Malaysia hadir dengan produk keperluan rumah baharu iaitu Horizon Collection, rangkaian peti sejuk multi-pintu baharu yang direka untuk memberikan lebih banyak ruang penyimpanan, membantu mengekalkan kesegaran makanan serta memudahkan urusan seharian di dapur.
Antara ciri yang menjadi tumpuan Horizon Collection ialah teknologi yang direka untuk membantu memanjangkan tempoh kesegaran makanan.

Peti sejuk ini dilengkapi teknologi Nutribank yang membantu mengekalkan kesegaran daging sehingga 10 hari, dengan kadar pengekalan protein melebihi 95%.
Sementara itu, Active Fresh Zone direka untuk mengekalkan tahap kelembapan sekitar 90% tanpa pemeluwapan. Ruang ini membantu memastikan buah-buahan dan sayur-sayuran kekal segar sehingga tujuh hari, selain mengekalkan lebih 98% Vitamin C.

Bagi memastikan bahagian dalam peti sejuk kekal bersih dan bebas bau, teknologi ABT Pro turut digunakan. Sistem ini menggabungkan fungsi pensterilan dan penyahbauan yang membantu menghapuskan sehingga 99.9999% bakteria serta bau secara aktif.
Bukan itu sahaja, Horizon Collection menawarkan kapasiti penyimpanan sehingga lebih 820 liter. Ruang ini dikatakan mampu memuatkan sehingga 38 beg barangan runcit atau tujuh troli beli-belah bersaiz besar.
Ruang penyimpanan yang luas ini turut dilengkapi bahagian peti sejuk beku berkapasiti 35 liter, yang juga merupakan antara saiz yang terbesar di pasaran.
Selain itu, pengguna juga boleh menyusun barangan dengan lebih mudah menerusi rak julur boleh laras.


Selain kapasiti dan fungsi penyimpanan, Haier turut menawarkan ciri Smart Window dan Welcome Light, yang akan menyala apabila pengguna menghampiri peti sejuk.
Peti sejuk ini juga dilengkapi panel Day Light yang membantu menerangi bahagian dalam peti sejuk supaya makanan dan barangan yang disimpan lebih mudah dilihat dan dicapai.
Untuk model terpilih, pengguna turut boleh menikmati Auto Water Dispenser dan Dual Ice Maker. Fungsi ini membolehkan air sejuk serta dua saiz kiub ais disediakan dengan lebih mudah di rumah.

Haier Turut Memperkenalkan Siri SpaceFit
Dalam pelancaran yang sama, Haier turut memperkenalkan siri peralatan dapur SpaceFit yang merangkumi beberapa produk untuk membantu menjadikan ruang dapur lebih praktikal.
Hud dapur dalam siri ini hadir dengan reka bentuk ultra nipis berukuran 325mm dan boleh dipadankan dengan saiz kabinet standard. Ia turut mempunyai fungsi naik secara automatik sepenuhnya bagi menghasilkan penampilan dapur yang lebih kemas dan bersepadu.

Dapur gas pula mempunyai reka bentuk ultra nipis 40mm, bersama sistem salur masuk udara dari bahagian atas. Reka bentuk ini membolehkan ruang di bawah kabinet dimanfaatkan untuk tujuan penyimpanan.
Bagi mereka yang gemar memasak, ketuhar wap kombinasi pula dilengkapi teknologi dual water box yang dipatenkan. Sistem ini memisahkan saluran air bersih dan air buangan supaya proses memasak menggunakan air segar tanpa pemindahan bau.
Mesin pencuci pinggan mangkuk untuk mudahkan kerja di dapur
Selain peralatan memasak dan penyimpanan makanan, Haier turut memperkenalkan mesin pencuci pinggan mangkuk HDWA18-686BK5MY bagi membantu mengurangkan kerja pembersihan selepas makan.
Mesin ini mempunyai kapasiti sehingga 18 set pinggan mangkuk, sesuai untuk menampung pelbagai jenis pinggan mangkuk yang biasa digunakan dalam isi rumah Asia.

Ia dilengkapi motor inverter dengan kuasa 60,000Pa, sistem cucian dua sisi 5D serta teknologi 80°C Micro Steam Wash+ bersama pensterilan UV. Gabungan teknologi ini menghasilkan indeks kebersihan 1.3.
Menariknya, teknologi AI Wash boleh mengesan tahap kekotoran pada pinggan mangkuk sebelum memilih program cucian yang bersesuaian secara automatik.

Seterusnya, ia turut hadir dengan fungsi 240 Hours Smart Storage yang membantu memastikan pinggan mangkuk kekal kering dan bebas bau.
Dengan ciri-ciri tersebut, pengguna tidak perlu terlalu risau tentang pinggan mangkuk yang masih lembap atau berbau jika tidak terus dikeluarkan selepas proses cucian.

Bagi yang berminat, Haier Horizon Collection dan Dishwasher Series terbaharu kini boleh didapati melalui pengedar sah Haier di seluruh Malaysia.