OLIVE YOUNG Kini Di Sephora Malaysia, Bawa Pilihan K-Beauty Popular Dari Korea
Lina Rosli
Nampaknya, peminat kecantikan Korea di Malaysia kini tidak lagi perlu pergi jauh kerana OLIVE YOUNG kini boleh didapati di Sephora Malaysia.
Menerusi OLIVE YOUNG K-Beauty Edit, ia menghimpunkan pilihan produk kecantikan Korea yang dipilih khas oleh peruncit kecantikan dan kesihatan popular dari Korea Selatan itu – iaitu lebih 180 produk daripada 20 jenama K-beauty terpilih.

Untuk permulaan, pilihan di Sephora lebih memberi tumpuan kepada produk penjagaan kulit dan rutin kecantikan harian.
Antaranya termasuk pencuci muka, toner dan pad toner, serum, pelembap, pelindung matahari serta pelbagai jenis mask.
Antara jenama yang boleh ditemui termasuk BIOHEAL BOH, haruharu wonder, HEVEBLUE, WHIPPED, Dr.Althea, LAGOM dan Celimax.


Bagi peminat K-beauty, kehadiran pilihan jenama ini di Sephora pastinya memudahkan anda untuk meneroka dan mencuba pelbagai produk kecantikan Korea dalam satu tempat.
Kerjasama antara Sephora dan OLIVE YOUNG ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk membawa pilihan produk K-beauty yang dikurasi oleh OLIVE YOUNG ke pasaran antarabangsa.
Kini, pengguna di Malaysia juga boleh mendapatkan koleksi tersebut melalui Sephora Malaysia, sama ada secara atas talian atau di cawangan terpilih.