Nespresso x The Weeknd Melancarkan Kapsul Kopi Togetherness Blend

September 7, 2026
Kopi

Lina Rosli

Baru-baru ini, Nespresso memperkenalkan Togetherness Blend, kapsul kopi edisi terhad hasil kolaborasi bersama The Weeknd yang kini boleh didapati di Malaysia untuk tempoh terhad.

Koleksi ini merupakan sebahagian daripada kolaborasi antara Nespresso dan SAMRA Origins, jenama kopi yang diasaskan bersama oleh The Weeknd. Ia diperkenalkan bersempena dengan konsert jelajah dunia After Hours Til Dawn yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada November ini.

Lebih daripada sekadar minuman kopi, Togetherness Blend mengetengahkan idea bahawa ritual menikmati kopi boleh menjadi satu ruang untuk berkongsi detik bersama insan tersayang, berbual dan mendapatkan inspirasi.

Untuk kapsul kopi Togetherness Blend ini, ia tampil dengan adunan yang menggunakan biji kopi Arabika dari Afrika yang dipanggang ringan.

Ia menghasilkan karakter kopi yang halus dengan aroma sitrus yang menyegarkan, disusuli kemanisan madu serta sedikit aroma asap kayu.

Togetherness Blend Kini Di Malaysia

Bagi yang ingin mencuba kopi hasil kolaborasi Nespresso dan The Weeknd ini, Nespresso | SAMRA Origins Togetherness Blend kini boleh didapati untuk tempoh terhad di butik Nespresso di seluruh Malaysia serta melalui laman rasmi Nespresso.

Dengan profil rasa yang ringan, segar dan mempunyai sentuhan manis serta aroma asap kayu, Togetherness Blend boleh menjadi pilihan untuk mereka yang mahu menikmati secawan kopi dengan karakter yang sedikit berbeza.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd