Ayam Brand Hadir Dengan Dua Variasi Sardin Baharu – Sardin Cili Sos Tomato Dan Sardin Goreng Kicap Manis Pedas
Lina Rosli
Khusus untuk penggemar hidangan berasaskan sardin, Ayam Brand kini memperkenalkan dua variasi baharu sardin dalam tin iaitu Sardin Cili Sos Tomato dan Sardin Goreng Kicap Manis Pedas.
Untuk Sardin Cili Sos Tomato, isi sardin dimasak bersama sos tomato dan cili – yang mana ia menghasilkan gabungan rasa yang masam dan manis, disertai kepedasan cili yang memberikan sedikit rasa menyengat.

Manakala Sardin Goreng Kicap Manis Pedas pula, ia merupakan hidangan isi sardin yang digoreng sebelum dimasak bersama sos kicap manis dan cili.
Gabungan tersebut menghasilkan rasa manis dan pedas yang lebih sebati, sesuai dinikmati bersama nasi atau dijadikan lauk.
Menurut Ayam Brand, kedua-dua variasi ini juga boleh digunakan sebagai bahan asas untuk menyediakan pelbagai resipi mengikut cita rasa masing-masing.

Seperti produk sardin Ayam Brand yang lain, kedua-dua variasi baharu ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan.
Ia turut membekalkan Omega-3 dan protein secara semula jadi, sekaligus menjadi pilihan yang praktikal untuk melengkapkan hidangan harian.
Bagi mereka yang mempunyai masa terhad untuk menyediakan makanan, kedua-dua sardin ini boleh terus dipanaskan dan dihidangkan bersama nasi atau roti tanpa memerlukan penyediaan yang rumit.