Being Juice Tampil Dengan Identiti Baharu Dan Aplikasi Pesanan Minuman Dinaik Taraf
Lina Rosli
Being Juice kini tampil dengan identiti jenama baharu serta aplikasi mudah alih yang telah dinaik taraf bagi memudahkan pelanggan mendapatkan minuman berasaskan buah sebagai sebahagian daripada rutin harian.
Bagi yang tidak mengetahui, Being Juice merupakan sebuah jenama minuman tempatan yang kini mempunyai 20 cawangan di Malaysia dan telah menyajikan lebih 350,000 minuman kepada pelanggan.

Antara pilihan yang ditawarkan Being Juice ialah jus dan smoothie yang dihasilkan menggunakan buah secara keseluruhan, bukan sekadar jus yang diekstrak.
Pendekatan ini membantu mengekalkan lebih banyak serat semula jadi daripada buah, manakala setiap resipi pula tidak mengandungi gula tambahan, sirap, pati atau pemanis tiruan.

Bagi minuman terpilih, pelanggan juga boleh menambah bahan seperti protein berasaskan tumbuhan, kolagen dan spirulina biru mengikut pilihan masing-masing.
Antara pilihan popular ialah One In A Melon berasaskan tembikai segar, Berry Brave yang menggunakan campuran buah beri serta Go Nuts, iaitu smoothie protein.

Menerusi identiti baharu ini, Being Juice meneruskan fokusnya untuk menawarkan pilihan minuman berasaskan buah yang mudah dinikmati sebagai sebahagian daripada rutin harian.
Berdasarkan perkongsian Being Juice juga, permintaan terhadap minumannya paling tinggi pada waktu makan tengah hari, terutama dalam kalangan golongan bekerja yang mencari pilihan lebih mengenyangkan berbanding minuman manis biasa.

Selain jualan di cawangan, Being Juice turut menyediakan perkhidmatan untuk pesanan korporat dan acara.
Perkhidmatan ini pernah digunakan oleh beberapa organisasi termasuk BYD, LUXASIA, JLL Asia dan Nestlé, selain menawarkan pilihan seperti tempahan minuman lebih awal, stesen bancuhan secara langsung serta pembungkusan dan penjenamaan yang disesuaikan mengikut acara.
Dalam perkembangan sama, Being Juice turut memperkenalkan aplikasi mudah alih yang telah dinaik taraf dengan pelbagai tawaran dan ganjaran untuk pelanggan.

Menerusi aplikasi ini, ahli boleh menikmati diskaun sehingga 35% untuk menu terpilih serta mengumpul 10 mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan.
Sebanyak 500 mata pula boleh ditebus untuk mendapatkan mana-mana minuman.
Lebih menarik, pelanggan baharu yang memuat turun aplikasi Being Juice boleh mendapatkan One In A Melon secara percuma, iaitu antara minuman paling popular jenama tersebut.
Aplikasi Being Juice kini boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play. Beberapa lagi ciri serta ganjaran eksklusif untuk ahli juga akan diperkenalkan secara berperingkat.