ZUS Coffee Memperkenalkan ZUS Ngupi Onde-Onde
Lina Rosli
Jika anda peminat rasa gula Melaka dan pandan, semestinya anda sudah biasa dengan gabungan kedua-dua perisa ini menerusi beberapa pilihan minuman yang ditawarkan ZUS Coffee di kafenya.
Kini, ZUS Coffee memperluaskan lagi pilihan tersebut menerusi rangkaian minuman pracampur ZUS Ngupi, dengan memperkenalkan varian terbaharunya, ZUS Ngupi Onde-Onde yang diinspirasikan daripada kuih tradisional kegemaran ramai.

Menggabungkan cita rasa klasik onde-onde dengan karakter kopi yang lebih berani, minuman edisi terhad ini mengetengahkan rasa manis gula Melaka bersama aroma kelapa yang mengingatkan kepada keenakan kuih onde-onde.
Ia boleh dinikmati sama ada secara panas, ataupun ditambah dengan ais.

Bagi anda yang ingin mencubanya, ZUS Ngupi Onde-Onde kini ditawarkan secara atas talian menerusi laman web ZUS Coffee Shop pada harga RM16.90 untuk satu pek.
Jangan lupa untuk dapatkan ZUS Ngupi Onde-Onde ini sementara stok masih ada kerana ia ditawarkan untuk tempoh terhad sahaja.