Koleksi Skechers x Care Bears Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM199
Lina Rosli
Bagi peminat Care Bears yang gemarkan gaya comel dan berwarna-warni, kini ada koleksi baharu yang boleh menambah keceriaan pada penampilan harian.
Skechers bekerjasama dengan Cloudco Entertainment untuk memperkenalkan koleksi Skechers x Care Bears, yang menggabungkan karakter ikonik Care Bears dengan ciri keselesaan kasut Skechers.
Koleksi ini hadir dalam pelbagai pilihan untuk wanita, kanak-kanak perempuan dan juga toddler, dengan rekaan yang menampilkan warna terang, karakter Care Bears, kemasan berkilau serta beberapa model yang dilengkapi lampu.

Untuk wanita, koleksi ini menawarkan dua pilihan Skechers Foamies, iaitu Skechers x Care Bears: Foamies Surge dan Skechers x Care Bears: Foamies Max Cushioning.
Sementara itu, pilihan untuk kanak-kanak perempuan lebih pelbagai dengan satu model Foamies dan enam model kasut, termasuk Foamies Swifters, Lil Snugs, Hugs N Snugs serta beberapa model daripada rangkaian Skechers Street dan Twinkle Toes.
Antara yang menarik perhatian ialah model yang menampilkan karakter Care Bears dengan warna-warni, elemen kilauan dan reka bentuk lampu yang boleh memberikan sentuhan lebih menyeronokkan pada setiap langkah.

Gabungkan Rekaan Comel Dengan Keselesaan Skechers
Selain penampilan, koleksi ini turut menggunakan beberapa teknologi keselesaan Skechers mengikut model masing-masing.
Antaranya ialah Skechers Air-Cooled Memory Foam pada bahagian insole bagi memberikan rasa lebih selesa ketika dipakai. Sesetengah model turut hadir dengan tapak luar yang fleksibel, manakala kasut Foamies menggunakan bahagian atas EVA yang kalis air.

Gabungan ini menjadikan koleksi Skechers x Care Bears bukan sahaja sesuai untuk peminat karakter tersebut, malah boleh dipakai sebagai pilihan kasut kasual untuk aktiviti harian.
Bagi yang berminat, koleksi Skechers x Care Bears kini boleh didapati di beberapa kedai konsep Skechersterpilih di seluruh Malaysia, termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC dan The Exchange TRX.
Harga koleksi ini bermula daripada RM199 dan turut boleh didapati secara atas talian menerusi laman web rasmi Skechers Malaysia.