NESCAFÉ Memperkenalkan Inisiatif Untuk Anak Muda Menerusi Kempen Hidupkan Duniamu

September 11, 2026
syarikat

Lina Rosli

NESCAFÉ memperkenalkan “Projek Hidupkan Duniamu”, sebuah inisiatif baharu yang bertujuan membantu anak muda Malaysia mengembangkan minat mereka menjadi peluang kerjaya dan perniagaan yang lebih mampan.

Menerusi program ini, NESCAFÉ menyediakan komitmen pelaburan sehingga RM500,000, termasuk sokongan kewangan, bimbingan dan platform kepada peserta terpilih untuk tempoh enam bulan.

Inisiatif ini diperkenalkan menerusi Program Keusahawanan Belia NESCAFÉ (NESCAFÉ Youth Entrepreneurs Programme – NYEP), dengan fokus untuk membantu golongan muda mengambil langkah pertama dalam merealisasikan aspirasi masing-masing.

Selain bantuan kewangan, peserta akan mendapat bimbingan daripada mentor yang dapat membantu mereka sepanjang tempoh program. Mereka juga akan diberikan platform untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan masing-masing, sekaligus memberi inspirasi kepada anak muda lain.

Pendekatan ini bertujuan merapatkan jurang antara minat dan peluang, terutama bagi golongan muda yang mungkin mempunyai idea atau aspirasi tertentu tetapi memerlukan sokongan untuk mengembangkannya menjadi sesuatu yang lebih mampan.

Program ini turut diinspirasikan oleh kisah ketabahan dan keazaman yang diketengahkan menerusi kempen “Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersemangat Bersama”, yang sebelum ini menyaksikan NESCAFÉ mendekati komuniti serta petugas barisan hadapan di seluruh Malaysia.

Menurut NESCAFÉ, pengalaman berinteraksi dengan mereka menunjukkan bahawa semangat untuk mengejar sesuatu yang bermakna sememangnya ada dalam diri rakyat Malaysia. Namun, peluang dan sokongan yang sesuai juga diperlukan bagi membantu seseorang merealisasikan aspirasi tersebut.

Berteraskan falsafah global NESCAFÉ “Make Your World”, Projek Hidupkan Duniamu membawa mesej bahawa setiap individu wajar diberikan peluang untuk mengejar perkara yang memberi makna dan tujuan dalam kehidupan mereka.

Buat anak muda Malaysia yang mempunyai aspirasi untuk direalisasikan, permohonan bagi program ini akan dibuka mulai 1 Oktober 2026, bersempena Bulan Kopi Antarabangsa.

Pemohon perlu menghantar video TikTok berdurasi 60 saat yang menerangkan mengapa mereka layak menyertai Projek Hidupkan Duniamu.

Maklumat lanjut mengenai proses permohonan, kriteria pemilihan serta bentuk sokongan yang disediakan akan dikongsikan menerusi saluran media sosial rasmi NESCAFÉ Malaysia dan siri jelajah NESCAFÉ yang akan datang.

Sementara itu, NESCAFÉ turut menganjurkan acara “Hidupkan Duniamu Bersama NESCAFÉ” dari 8 hingga 13 September di Lower Ground East Court, IOI City Mall Putrajaya.

Pengunjung berpeluang mendengar kisah daripada petugas barisan hadapan dan wakil komuniti yang menjadi inspirasi, selain menyertai pelbagai aktiviti interaktif serta mencuba rangkaian minuman NESCAFÉ.

Antara pilihan yang diketengahkan termasuk NESCAFÉ Espresso Concentrate, NESCAFÉ Spanish Latte dan NESCAFÉ Tiramisu Latte.

Selepas Putrajaya, siri jelajah “Hidupkan Duniamu Bersama NESCAFÉ” akan diteruskan ke beberapa lokasi lain termasuk Sunway Pyramid dan Queensbay Mall.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd