YAKIGO Kini Dibuka Di Ombak KLCC – Menampilkan Yakitori Jepun Dengan Citarasa Malaysia
Lina Rosli
Bagi penggemar makanan Jepun, yakitori merupakan antara hidangan yang cukup popular dan mudah dinikmati. Ia terdiri daripada potongan ayam yang dicucuk seperti sate, kemudian dipanggang dan disalut dengan sos.
Di Jepun, yakitori lazimnya dinikmati begitu sahaja atau bersama nasi.

Untuk jenama YAKIGO, ia hadir dengan beberapa pilihan menu menarik. Antaranya, Signature Yakitori Sauce, iaitu sos klasik yang melengkapkan sate yang baru dipanggang. Bagi yang mahukan rasa lebih berkrim dan sedikit pedas, terdapat Golden Buttermilk.
Sementara itu, Sambal Bara memberikan sentuhan yang lebih dekat dengan citarasa Malaysia menerusi rasa sambal yang pedas.

Bukan itu sahaja, YAKIGO turut menawarkan beberapa pilihan hidangan mengikut selera dan jumlah makanan yang diinginkan.
Snack Bag mengandungi tiga pilihan makanan dan sesuai untuk mereka yang mahukan snek ringkas. Untuk hidangan yang lebih mengenyangkan, Signature Box menyediakan lima item daripada pilihan panggang YAKIGO.

Bagi yang mahukan hidangan lengkap, Full Meal pula menggabungkan empat item bersama nasi Jepun.
Dengan pilihan ini, pelanggan boleh memilih hidangan mengikut keperluan, sama ada sekadar mahu menikmati beberapa cucuk sate atau mendapatkan hidangan yang lebih lengkap.

Untuk anda yang ingin mencuba, YAKIGO kini boleh dikunjungi di Lot C1, Tingkat Konkos Urban Eats, OMBAK KLCC.
Sebelum ini, YAKIGO telahpun bertapak di beberapa lokasi lain iaitu di KIPMall Kota Warisan serta Taylor’s University.

Jenama itu juga telah membuka cawangan baharu di Coalfields Retail Park – selain turut akan memperluaskan penawarannya ke Negeri Sembilan iaitu di R&R Seremban pada awal Oktober 2026.
Dengan beberapa lagi lokasi dalam perancangan, YAKIGO menyasarkan untuk menjadikan yakitori gaya jalanan Jepun lebih mudah dinikmati oleh rakyat Malaysia.