HABIB Kongsi Panduan Memilih Berlian, Daripada 4Cs Hingga Sumber Yang Bertanggungjawab
Lina Rosli
Memilih berlian mungkin kelihatan mudah pada pandangan pertama, namun terdapat beberapa perkara yang boleh mempengaruhi rupa dan nilai sesebuah batu.
Antaranya termasuklah cara berlian dipotong, tahap kejernihan, warna, berat serta sijil yang mengesahkan ciri-cirinya.

Atas sebab itu, HABIB menggunakan kempen sepanjang September ini untuk membawa pelanggan mengenali berlian dengan lebih dekat.
Menerusi kempen yang berlangsung di seluruh cawangan HABIB di Malaysia, pelanggan berpeluang mendapatkan pandangan tentang 4Cs, berlian bersijil, ketepatan potongan serta sumber berlian, selain memahami bagaimana pemilihan reka bentuk dan tetapan barang kemas boleh mempengaruhi penampilannya.

Memahami 4Cs Sebelum Memilih Berlian
Antara perkara asas yang perlu diketahui ialah 4Cs, iaitu Cut, Colour, Clarity dan Carat.
- Cut merujuk kepada potongan berlian dan sejauh mana ia membolehkan cahaya dipantulkan semula. Potongan yang baik boleh membantu menghasilkan lebih banyak kilauan, pantulan cahaya dan fire pada berlian.
- Colour pula merujuk kepada tahap warna yang terdapat pada berlian.
- Clarity melihat kepada kewujudan kemasukan semula jadi (inclusions) dan kecacatan kecil (blemishes) pada batu tersebut.
- Carat ialah ukuran berat berlian.

Menariknya, berlian dengan berat karat yang lebih besar tidak semestinya kelihatan lebih berkilau.
Dua berlian dengan berat karat yang sama boleh kelihatan berbeza bergantung kepada potongan, warna, kejernihan dan cara setiap batu berinteraksi dengan cahaya.
Sebab itu, selain melihat kepada saiz, memahami 4Cs boleh membantu pembeli memilih berlian yang lebih sesuai dengan pilihan dan bajet masing-masing.

HABIB Hadir Dengan Berlian Hearts & Arrows
Bagi mereka yang mencari berlian round brilliant dengan tahap ketepatan potongan yang tinggi, HABIB turut menawarkan Hearts & Arrows.
Berlian ini direka dengan tahap simetri yang tinggi sehingga menghasilkan corak lapan bentuk hati apabila dilihat dari bahagian pavilion, manakala lapan bentuk anak panah pula dapat dilihat dari bahagian crown.

Rekaan tersebut membantu memaksimumkan pantulan cahaya dan menghasilkan penampilan yang lebih berkilau, selain memperlihatkan ketepatan serta kemahiran dalam proses pemotongan berlian.
Reka Bentuk Barang Kemas Turut Mempengaruhi Penampilan Berlian
Pemilihan berlian juga tidak semestinya bermakna mencari gred paling tinggi atau batu paling besar. Sebaliknya, ia bergantung kepada rupa yang diinginkan dan bagaimana berlian tersebut dipadankan dengan reka bentuk barang kemas.
Jenis logam yang digunakan pada barang kemas, misalnya, boleh mempengaruhi penampilan keseluruhan berlian.


Emas kuning boleh memberikan pantulan yang lebih hangat, manakala emas putih boleh menyerlahkan penampilan berlian yang lebih cerah dan tidak berwarna.
Selain bentuk berlian, pelanggan juga boleh mendapatkan pandangan daripada pakar barang kemas untuk memilih jenis tetapan dan reka bentuk yang sesuai dengan gaya serta keperluan masing-masing.
Keperluan Mengetahui Asal Pemerolehan Berlian
Selain kualiti dan reka bentuk, HABIB turut menekankan kepentingan mengetahui perjalanan sesebuah berlian sebelum ia menjadi sebahagian daripada barang kemas.
HABIB menyatakan bahawa rantaian bekalannya diselaraskan dengan Kimberley Process, iaitu rangka kerja antarabangsa yang bertujuan menghalang berlian konflik daripada memasuki pasaran global.

Kimberley Process memberi tumpuan kepada berlian kasar (rough diamonds) dan menetapkan kawalan terhadap perdagangan antarabangsa berlian dalam kalangan negara yang mengambil bahagian.
Bagi HABIB, aspek sumber yang bertanggungjawab ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memberikan lebih banyak ketelusan kepada pelanggan ketika membuat pilihan.

Jadi, bagi anda yang ingin mendapatkan berlian pada bulan September ini, anda boleh menerokai sesi konsultansi dari pakar berlian dalaman HABIB sama ada secara peribadi ataupun menerusi kandungan digital di media sosial HABIB.
Menerusinya, anda boleh memahami ciri-ciri berlian dengan lebih dekat selain turut tidak membuat pilihan berdasarkan batu yang paling besar atau paling mahal.