UNIQLO Hadir Dengan Koleksi Denim Untuk Musim Luruh/Sejuk 2026, Harga Bermula RM149.90

September 15, 2026
Fesyen

Lina Rosli

UNIQLO memperkenalkan koleksi denim Musim Luruh/Sejuk 2026 (FW2026) yang mengetengahkan konsep LifeWear menerusi rekaan yang mengutamakan gaya serta keselesaan untuk kegunaan harian.

Koleksi ini turut menampilkan Zizan Razak, Diana Danielle, Qasrina Karim, Nam Ron, Irfan Zaini, Jack Tan dan Shweta Sekhon, yang memperlihatkan cara berbeza dalam menggayakan denim mengikut personaliti, gaya dan aktiviti masing-masing.

Antara tarikan utama koleksi ini ialah rangkaian EZY Jeans, yang merangkumi EZY Ultra Stretch Jeans, EZY Barrel Jeans dan EZY Wide Straight Jeans.

Seluar jeans dalam rangkaian ini menggunakan fabrik bahagian dalam yang dibangunkan khas untuk memberikan tekstur lembut dan selesa, sambil mengekalkan penampilan denim yang lebih klasik.

Hasilnya, rekaan ini menawarkan kebebasan bergerak untuk kegunaan sepanjang hari tanpa mengetepikan gaya.

Selain EZY Jeans, koleksi FW2026 turut menampilkan beberapa potongan lain seperti High-Rise Wide Jeans, Baggy Jeans, Baggy Barrel Jeans dan JW Anderson Straight Jeans.

Pilihan siluet yang pelbagai ini membolehkan denim digayakan mengikut penampilan yang diinginkan, sama ada lebih kemas dan ringkas atau santai dengan gaya yang lebih moden.

Semua rekaan denim yang diketengahkan dalam koleksi ini ditawarkan pada harga RM149.90 setiap satu.

Untuk yang ingin mendapatkkanya, koleksi Denim UNIQLO FW2026 kini boleh didapati di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai koleksi LifeWear UNIQLO 2026 boleh didapati melalui laman rasmi UNIQLO Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd