ZUS Coffee Kembali Dengan 4 Minuman Ube Baharu

September 17, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Selepas beberapa siri minuman berasaskan ube mendapat perhatian, ZUS Coffee kembali dengan pilihan baharu menerusi siri Ube terbaharunya – turut hadir dengan satu pilihan pencuci mulut yang turut mengambil inspirasi daripada rasa tempatan.

Antara pilihan yang ditawarkan ialah Iced Ube Latté (RM10.20), yang menggabungkan tekstur berkrim dengan rasa ube yang mengingatkan kepada ais krim keladi.

Seterusnya, Iced Ube Cha Cha (RM10.20) pula diinspirasikan daripada pencuci mulut tradisional Malaysia, Bubur Cha Cha. Minuman ini hadir dengan mini boba yang memberikan tekstur kenyal dalam setiap tegukan.

Bagi penggemar kopi, Iced Ube Tiramisu Cafe Latté (RM12.20) menggabungkan rasa ube berkrim dengan kopi yang lebih kuat. Gabungan ini mengambil inspirasi daripada pencuci mulut tiramisu dengan lapisan rasa kopi dan ube.

Pilihan keempat ialah Ube Chip Frappé (RM15.90), minuman sejuk berasaskan ube yang dicampurkan dengan cip coklat rangup dan dihiasi krim putar.

Selain minuman, ZUS Coffee turut mengetengahkan Ubi-Misu In A Cup (RM13.90), iaitu versi tempatan pencuci mulut tiramisu yang menggunakan elemen ube.

Pencuci mulut ini hadir dengan lapisan kek keju berkrim, yang kemudiannya digabungkan dengan lapisan biskut yang direndam dengan kopi serta rasa manis ube.

Bagi yang berminat, kesemua pilihan ini boleh didapati mulai 17 September 2026 di cawangan ZUS Coffee terpilih, sementara stok masih ada.

Bagi pelanggan di Malaysia Timur, Ubi-Misu In A Cup akan ditawarkan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd