Gosame Bakal Dibuka Kuala Lumpur Pada Oktober Ini

September 17, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Peminat makanan Korea di Kuala Lumpur bakal mempunyai satu lagi tempat baharu untuk diterokai apabila Gosame dijangka membuka cawangan pertamanya di ibu negara pada Oktober ini.

Bagi yang belum mengetahui, Gosame merupakan kedai makan Korea yang menyajikan hidangan asli Korea untuk makan tengah hari dan makan malam.

Antara menu yang menjadi perhatian ialah ikan bakar dan sotong pedas, yang menjadi pilihan ramai pelanggan di cawangan Gosame di Korea.

Dengan kehadirannya di Kuala Lumpur, ia secara tidak langsung memberi peluang kepada peminat makanan Korea untuk mencuba hidangan yang sinonim dengan restoran berkenaan tanpa perlu ke Korea.

Berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan, Gosame dijangka membawa konsep tersendiri apabila mula beroperasi di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Setakat ini, maklumat lanjut mengenai menu dan tarikh pembukaan rasmi akan diumumkan kemudian.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd