Canteen Malaya, Restoran MICHELIN Bib Gourmand Kini Dibuka – Menampilkan Lebih 35 Pilihan Masakan Ketam

September 18, 2026
Makanan & Minuman

Lina Rosli

Bagi anda yang menggemari makanan laut, Canteen Malaya @ Jalan Alor boleh menjadi satu lagi restoran yang menarik untuk dicuba.

Restoran yang menerima pengiktirafan MICHELIN Bib Gourmand ini menawarkan pelbagai hidangan makanan laut tempatan dalam suasana yang lebih selesa dan moden.

Menariknya, Canteen Malaya merupakan restoran yang dibawakan oleh pasukan di sebalik Hai Kah Lang, yang sememangnya cukup dikenali dalam kalangan peminat makanan laut tempatan.

Canteen Malaya mengetengahkan pelbagai hidangan laut serta menu yang mengangkat cita rasa tempatan. Antara fokus utamanya ialah ketam, udang dan kerang-kerangan, dengan lebih 35 pilihan masakan ketam yang merangkumi hidangan berkuah dan juga kering.

Bagi peminat ketam, antara pilihan signature yang boleh dicuba termasuk Black Pepper Crab, Curry Crab, Sweet & Sour Crab dan Signature Fried Crab.

Setiap hidangan menawarkan cara penyediaan dan rasa yang berbeza, menjadikannya sesuai untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.

Pilihan Hidangan Pelbagai, Daripada Satay Hingga Mi

Selain hidangan ketam, Canteen Malaya turut menawarkan pelbagai pilihan makanan lain yang merangkumi sajian panas dan hidangan yang dekat dengan cita rasa tempatan.

Antara yang boleh dicuba ialah satay ayam, daging dan kambing, selain beberapa pilihan mi seperti Penang Prawn Noodle, Jawa Mee, Handmade Pan Mee dan Stir-Fried Beef Noodles.

Bagi yang inginkan sesuatu yang berbeza, terdapat juga Omelette Wrapped Stir-Fried Hor Fun serta beberapa hidangan lain untuk dipilih.

Sementara untuk anda yang lebih gemarkan hidangan berlauk pula, Canteen Malaya turut menyediakan pilihan masakan daging, ayam dan sayur-sayuran yang boleh dinikmati bersama pelbagai hidangan makanan laut.

Pilihan Makanan Laut Segar Dengan Harga Yang Mampu Milik

Menariknya, Canteen Malaya turut membolehkan pelanggan memilih sendiri makanan laut segar secara live daripada akuarium dan ruang paparan yang disediakan.

Berikut adalah antara senarai harga bagi setiap pilihan makanan laut mengikut saiz dan berat:

  • 2XL Meat Crab: RM22.80 / 100g
  • 4XL Meat Crab: RM29.80 / 100g

Menikmati Hidangan Tempatan Dalam Suasana Lebih Selesa

Selain menawarkan pelbagai pilihan hidangan, Canteen Malaya turut memberikan pengalaman makan yang sedikit berbeza daripada kebiasaan di Jalan Alor.

Restoran ini mempunyai beberapa ruang makan yang boleh dipilih, termasuk ruang makan utama berhawa dingin, ruang makan peribadi (VIP) serta ruang makan terbuka di tingkat bawah.

Dengan susun atur yang kemas dan suasana yang lebih moden, ia memberikan pilihan yang lebih selesa untuk menikmati hidangan bersama keluarga atau rakan-rakan.

Canteen Malaya turut dilengkapi dapur terbuka, membolehkan pengunjung melihat proses penyediaan makanan dari ruang makan.

Dengan empat tingkat dan kapasiti sehingga 700 tetamu, restoran ini bukan sahaja sesuai untuk hidangan harian, malah turut menyediakan ruang persendirian dan dewan acara untuk majlis serta acara yang lebih besar.

Sekiranya anda ingin mencuba dan merasai pengalaman makan di Canteen Malaya, restoran ini terletak di 28, 28A-C, 30, 30A-C, Jalan Alor, 50200 Kuala Lumpur. Ia dibuka dibuka setiap hari dari 11.00 pagi hingga 2.00 pagi.

Untuk maklumat lanjut, tempahan atau promosi terkini, anda boleh mengikuti Instagram @canteenmalaya atau Facebook rasmi Canteen Malaya.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd