Skechers Hands Free Slip-ins Arch Support 3.0 Tampil Dengan Sokongan Lengkungan Kaki Lebih Baik

September 21, 2026
Fesyen

Lina Rosli

Skechers memperkenalkan Hands Free Slip-ins: Arch Support® 3.0, koleksi terbaharu kasut berjalan yang menggabungkan teknologi sokongan lengkungan kaki dengan reka bentuk yang memudahkan pengguna memakainya tanpa perlu membongkok.

Koleksi ini merupakan evolusi daripada Skechers Arch Fit 2.0 yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Untuk generasi terbaharu ini, Skechers turut memperkenalkan nama Arch Support bagi teknologi sokongan lengkungan kaki yang digunakan pada koleksi tersebut.

Dari segi binaan, Arch Support 3.0 mengekalkan ciri keselesaan daripada model terdahulu, selain menerima penambahbaikan pada bahagian tapak luar kasut.

Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan material getah yang lebih menyeluruh pada keseluruhan tapak luar, sekaligus membantu memberikan cengkaman, kestabilan dan ketahanan yang lebih baik ketika digunakan untuk aktiviti harian.

Koleksi ini turut menampilkan duta jenama Skechers Asia Pasifik, Apo Nattawin Wattanagitiphat, dan ditawarkan dalam empat pilihan warna bagi model lelaki dan wanita.

Setiap model juga menerima Seal of Acceptance daripada American Podiatric Medical Association (APMA) serta dilengkapi beberapa teknologi kasut Skechers yang direka untuk memberikan keselesaan dan kemudahan sepanjang hari.

Bagi yang berminat, Skechers Hands Free Slip-ins: Arch Support 3.0 kini boleh didapati pada harga RM459 di cawangan Skechers Concept Store terpilih di seluruh negara, termasuk 1 Utama Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC dan The Exchange TRX.

Bukan itu sahaja, koleksi ini turut boleh dibeli secara atas talian melalui laman rasmi Skechers Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd