UNIQLO : C Fall/Winter 2026 Hadir Dengan Koleksi Berinspirasikan ‘Precision of Softness’
Lina Rosli
UNIQLO mengumumkan koleksi UNIQLO : C Fall/Winter 2026, hasil rekaan pereka fesyen British, Clare Waight Keller.
Membawakan tema “Precision of Softness”, koleksi ini menampilkan pakaian harian dengan potongan yang lebih kemas, tekstur yang pelbagai serta gaya lapisan yang sesuai untuk musim luruh dan sejuk.

Koleksi terbaharu ini mengetengahkan material seperti denim, wool, cashmere dan corduroy dalam potongan yang lebih longgar tetapi masih minimalis.
Dari segi warna, rona bordeaux, coklat dan charcoal digabungkan dengan pilihan warna lebih lembut seperti lemon, merah jambu lembut dan hijau.


Antara kemasan baharu yang diperkenalkan ialah rangkaian cashmere dengan rekaan rajutan berbulu panjang yang mengekalkan sifat semulajadi material tersebut, selain memberikan tekstur yang lebih menyerlah.
Rangkaian ini hadir dalam beberapa pilihan seperti rekaan berleher V, kardigan berleher bulat dan vest berleher tinggi dalam rona merah jambu lembut, lemon, oatmeal, kelabu charcoal dan krim.
Selain itu, seluar corduroy menggunakan fabrik baharu yang memberikan potongan lebih ringan dan jatuhan yang lebih lembut. Ia turut dipadankan dengan tali pinggang kulit premium dengan kemasan hujung logam.


Koleksi ini juga menampilkan pilihan warna baharu untuk HEATTECH Cashmere Blend, yang boleh digayakan sebagai lapisan tambahan untuk musim Fall/Winter.
Menurut Clare Waight Keller, koleksi ini dihasilkan dengan mengambil kira keperluan terhadap pakaian yang selesa dan mudah dipakai, namun masih mempunyai karakter tersendiri. Beliau turut memberi perhatian kepada elemen seperti potongan, tekstur dan pergerakan setiap pakaian ketika dipakai.


Bagi yang berminat, koleksi UNIQLO : C Fall/Winter 2026 akan mula tersedia pada 25 September 2026 di cawangan UNIQLO yang menawarkan rangkaian produk penuh serta melalui kedai atas talian UNIQLO Malaysia.
Koleksi wanita merangkumi 19 item, manakala koleksi lelaki mempunyai 17 item, selain 3 aksesori.


Bagi koleksi wanita, harga bermula daripada RM79.90 hingga RM599.90, bergantung kepada kategori dan material. Koleksi lelaki pula ditawarkan daripada RM79.90 hingga RM299.90.
Antara kategori yang ditawarkan termasuk pakaian luar, skirt dan seluar, kemeja serta blaus, knitwear, innerwear, gaun, kasut dan aksesori.