CHAGEE x The Little Prince Bawakan Pengalaman Journey of the Heart Di Pavilion Kuala Lumpur
Lina Rosli
Pada awal September 2026, CHAGEE mengumumkan kerjasama bersama kisah klasik The Little Prince menerusi koleksi minuman matcha edisi terhad serta barangan eksklusif yang diinspirasikan daripada dunia cerita tersebut.

Menerusi kolaborasi ini, CHAGEE mengetengahkan menu berasaskan matcha dengan gabungan rasa yang menarik dan berbeza. Antaranya ialah Lime Cheese Matcha Latte yang menggabungkan matcha, limau nipis dan keju, serta ditawarkan untuk tempoh terhad.
Bagi yang mahukan tekstur lebih berkrim, minuman ini turut ditawarkan dengan pilihan Cheese Cap. Versi ini menampilkan lapisan krim keju lembut di bahagian atas minuman.

Selain itu, siri baharu ini turut merangkumi Jasmine Matcha Pure Tea yang menggabungkan matcha dengan teh hijau melur untuk rasa yang lebih ringan dan beraroma bunga.
Pilihan Matcha Series:
- Jasmine Matcha Pure Tea – RM11.90, panas atau sejuk
- Lime Cheese Matcha Latte – RM14.90, sejuk sahaja
- Lime Cheese Matcha Latte with Cap – RM16.90, sejuk sahaja

The Little Prince hadir dalam pengalaman CHAGEE
Selain minuman, kolaborasi ini turut diterapkan pada rekaan kedai, cawan dan barangan eksklusif yang menampilkan elemen daripada dunia The Little Prince, termasuk bintang, pengembaraan dan watak-watak daripada kisah tersebut.
Pengunjung juga boleh merasai pengalaman ini secara langsung menerusi Journey of the Heart, sebuah aktivasi khas yang berlangsung dari 21 hingga 27 September 2026, jam 10 pagi hingga 10 malam di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur.

Kemasukan adalah percuma. Pengunjung hanya perlu mendaftar melalui aplikasi CHAGEE serta mengikuti CHAGEE di Instagram, Facebook dan TikTok untuk menyertai aktiviti yang disediakan.
Sepanjang aktivasi, pengunjung boleh melengkapkan tiga stesen aktiviti untuk mendapatkan hadiah seperti baucar dan barangan eksklusif. Turut tersedia ialah bengkel DIY untuk menghasilkan cenderamata diinspirasikan daripada The Little Prince, tertakluk kepada slot harian yang terhad.

Pengunjung juga berpeluang mencuba Lime Cheese Matcha Latte di ruang khas untuk sesi merasa minuman.
Dapatkan barangan eksklusif The Little Prince
Kolaborasi ini turut menampilkan beberapa barangan edisi terhad yang boleh diperoleh menerusi pembelian minuman Matcha Series.
Antaranya termasuk Little Card dengan enam rekaan berbeza, The Crown Headband, The Fox Sleep Mask, Stardust Tote Bag, Green Wonder Tumbler, Stardust Toiletry Bag, Stardust Luggage Tag dan Stardust Tumbler.

Harga barangan bermula daripada RM23.80, bergantung pada jenis barangan dan set minuman yang dipilih.
Little Card pula diberikan secara percuma dengan setiap pembelian minuman matcha, dengan rekaan yang dipilih secara rawak.

Sebahagian barangan hanya boleh diperoleh melalui pembelian di aplikasi CHAGEE, manakala item tertentu boleh didapati menerusi pembelian secara terus di kedai.
Setiap pembelian dihadkan kepada satu unit bagi setiap resit untuk seorang pelanggan.